fbpx
Now Reading
Pengalaman Team BuzzKini Sertai #KotexRiseUp Camp Selama 2H1M Di Tadom Hill Resort

Pengalaman Team BuzzKini Sertai #KotexRiseUp Camp Selama 2H1M Di Tadom Hill Resort

Kem Kotex Rise Up ini diadakan untuk memberi motivasi kepada peserta agar menamatkan stigma mengenai period, selain dari meneroka kehidupan yang penuh dengan cabaran

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Oleh: Nur Iqra Ahmad Basri
Pelajar Praktikal (Media Sosial) BuzzKini


Kotex baru-baru ini tampil dengan inovasi baharu untuk produk Kotex Total Protection Overnight mereka di mana rekaannya telah dipertingkatkan untuk memberi perlindungan menyeluruh terhadap aliran tak terduga dan deras (heavy flow) semasa kitaran haid.

Bersempena dengan pelancaran produk yang ditambah baik itu juga, Kotex turut menganjurkan #KotexRiseUp camp selama 2 hari 1 malam di Tadom Hill Resort.

Yang menariknya team BuzzKini dan saudara kami, TRPbm telah menerima jemputan dari pihak Kotex Malaysia untuk acara tersebut.

Semestinya ia sebuah pengalaman yang baharu dan menyeronokkan, apatah lagi dapat berjumpa dengan ramai orang yang terlibat termasuk rakan media.

Apakah #KotexRiseUP Camp

 Jadi, sebenarnya kem ni tentang apa? Kem ini dianjurkan untuk menyemai keyakinan dan memberi inspirasi kepada peserta terlibat untuk mencapai potensi mereka, selari dengan kepercayaan Kotex iaitu “Period or not, she can”. 

Kem yang berlangsung selama 2 hari 1 malam ini telah melibatkan beberapa kumpulan berbeza iaitu pengguna setia Kotex, pemenang peraduan yang dianjurkan Kotex di media sosial, ahli-ahli media serta Influencer atau pempengaruh terkenal. 

Aktiviti-aktiviti yang ditetapkan pula selaras dengan objektif kepercayaan mereka dimana membantu peserta untuk mengatasi ketakutan, membentuk daya tahan dan membina keyakinan diri. 

Dua hari satu malam kami penuh dengan aktiviti yang padat dan sangat menyeronokkan!

Ingin tahu lebih lanjut? Teruskan membaca!

Day 1 

Pada hari pertama, para peserta diminta untuk mendaftar di Tadom Hill Resort sekitar jam 2 petang. Bergantung kepada peserta, sama ada mahu pergi dengan kenderaan sendiri atau menaiki kenderaan yang telah mereka sediakan di mana perlu berkumpul di Stesen Salak Tinggi dan menaiki bas bersama peserta yang lain menuju ke tempat kem. 

Semua tahu memang panas ya cuaca sekarang, jadi dengan percaturan yang teliti mereka telah membahagikan kumpulan untuk proses pendaftaran sedikit demi sedikit supaya tak perlu berpanasan di kaunter.

Sementara tunggu yang lain daftar, boleh duduk dalam bas dahulu untuk tunggu giliran. Kerana lepas sahaja mendaftar, peserta boleh terus masuk bilik sebelum melakukan aktiviti kedua.

Semasa mendaftar, kami diminta untuk menandatangani beberapa borang persetujuan untuk melakukan aktiviti nanti dan diberikan beberapa barang seperti wristband bagi tujuan aktiviti berkumpulan dan sarung telefon bimbit kalis air (waterproof bag). Selesai sahaja mendaftar, ada seorang fasilitator yang membawa kami ke bilik untuk tujuan check in.

Pada awalnya, tipulah kami tidak merasa janggal sebab kami sangkakan ‘perkhemahan ini’ sama seperti kem zaman persekolahan dahulu di mana perlu tidur di dalam khemah dan berkongsi bilik air.

Rupanya tanggapan kami silap apabila diberikan bilik yang lengkap dengan segala peralatan termasuklah bilik air yang tidak perlu berkongsi! Ada juga kipas, penghawa dingin, pengering rambut yang sama seperti penginapan di hotel! 

Kami juga diberikan satu kotak lengkap di atas katil siap dengan nama masing-masing. Takdelah tertukar atau berebut dengan peserta lain… Dalam kotak tersebut, ada dua set pad, topi, baju, pen dan name tag button

Siap je solat Zohor, kami pun bergerak ke closed hall untuk tentatif kedua di mana ucapan selamat datang dari Kotex Malaysia dan pelancaran Kotex terbaharu mereka serta sembang santai bersama Farah Ann, bekas atlet gimnastik negara dan doktor selebriti terkenal iaitu Dr Shazril Shaharuddin atau lebih terkenal dengan gelaran Dr Say. 

Sebelum sesi sembang santai, terdapat ‘Welcome Note’ dari Pengurus Jenama Kotex Malaysia iaitu Michelle Chin mengenai hubungan di antara kem dan pelancaran koleksi baharu mereka yang telah ditambah baik iaitu, ‘Kotex Total protection Overnight’.

“Penambahbaikan yang dibuat adalah dari perkongsian pengguna Kotex sendiri sehingga terhasilnya teknologi Rise Up Back Guard pada koleksi baharu tersebut yang memberi keyakinan penuh kepada penggunanya tanpa merisaukan kebocoran serta menjanjikan 100% tiada kebocoran belakang semasa tidur.”

Michelle Chin.

Menurut Michelle, kem ini diadakan untuk memberi motivasi kepada peserta agar menamatkan stigma mengenai period, selain dari meneroka kehidupan yang penuh dengan cabaran. Baginya juga, datang ‘bulan’ pada wanita bukanlah penghalang malah menjadikan mereka mampu untuk mengatasi halangan mental dan fizikal, dan yang lebih penting, dapat membina keyakinan diri sendiri.

Seterusnya, bekas ratu gimnastik negara, Farah Ann telah membuat perkongsian bagaimana dia memperoleh haid dan bercerita mengenai bagaimana seorang atlet menjalani kehidupan harian mereka sepanjang kitaran tersebut. Dia juga ada menekankan pentingnya gaya hidup berdisiplin dalam menjaga kesihatan badan dan minda. 

“Saya juga bersyukur apabila saya dikelilingi orang yang memahami tentang period dari rakan gimnas lain dan juga jurulatih. Kami juga sedia memberi pad kepada rakan yang perlu dan saling lihat jika ada kebocoran atau tidak.”

Farah Ann

Menurut Dr Say pula, datang haid merupakan sebahagian dari kesihatan reproduktif wanita dan tiada apa yang perlu dimalukan. Bagi dirinya juga, kaum lelaki perlu tahu mengenai ini sejak muda lagi sama seperti wanita untuk membuang stigma tentang datang haid. 

Beliau juga menjelaskan secara klinikal mengenai period, dari mana mula dan fungsinya serta menceritakan perihal mengenai PMS ataupun senggugut. Beliau berpendapat bahawa lain orang, lain tahap senggugut dan mengatasinya. 

Jelasnya lagi, PMS dan haid adalah disebabkan oleh perubahan hormon yang akhirnya memberi kesan kepada setiap wanita secara berbeza. Baginya, ia penting untuk wanita mengetahui badan mereka supaya boleh mendorong diri untuk mengikut kemampuan badan mereka tersendiri.

“Bersenam dengan kerap, mengamalkan diet seimbang, mendapat rehat yang mencukupi, dan cuba mengurangkan tekanan melalui senaman pernafasan membantu dalam menguruskan PMS dan haid kerana ia boleh menstabilkan hormon anda.”

Pakar perubatan, Dr Say

Aktiviti air

Kerana kesuntukan masa, kami meneruskan aktiviti ketiga iaitu water activity! Sebelum itu,  kami telah bermain permainan darat untuk panaskan badan atau ‘warm up’ bersama abang dan kakak fasi yang terlatih. Dalam 20 minit bermain, mereka mula menerangkan bagaimana cara memakai jaket keselamatan sebelum melakukan aktiviti air.

Selesai je pakai jaket keselamatan, kami diminta duduk dalam kumpulan berdasarkan warna ‘wristband’. Ada 5 warna atau kumpulan iaitu, putih, merah jambu, ungu, hitam, dan biru. Selepas itu, kena bahagikan dua kumpulan pula. Contoh, kumpulan putih A dan kumpulan putih B sebelum mulanya dengan aktiviti pertama iaitu ‘Conquer Water’.

Jadi, Kumpulan A akan ‘atasi ketakutan’ dengan melompat ke dalam tasik di belah kanan dan buat satu bulatan besar, manakala kumpulan B perlu boleh buat perkara yang sama tetapi di belah kiri. Aktiviti ini adalah untuk menguji keberanian peserta dalam mencuba sesuatu perkara yang baru. 

Teruskan pula dengan aktiviti kedua di mana, kumpulan A perlu berakit tke arah kumpulan B dan kumpulan B perlu patah balik ke tempat mula, iaitu kawasan kumpulan A. Aktiviti ini pula untuk menguji kerjasama dalam kumpulan.

Semestinya, ia mengajar kami sesuatu yang baharu dan mengatasi cabaran yang mendatang pada kedalaman tasik yang tidak dapat peserta ketahui. 

Habis sahaja aktiviti air, kami pun dibenarkan pulang ke bilik masing-masing bagi membersihkan diri sebelum makan malam dan meneruskan aktiviti malam pula. 

Sebaik selesai menjamu selera, kami mula bermain permainan minda yang melibatkan ejen dan kerjasama kumpulan.

Setiap kumpulan diberikan beberapa token berbeza warna seperti lego yang boleh bersambung. Setiap kumpulan memerlukan seorang ejen untuk melihat model yang disorok dari ahli kumpulan lain dan memberitahu mereka untuk membina model berkenaan. Ejen tidak dapat bercakap dan ia bergantung kepada strategi kumpulan masing-masing. Ejen boleh bertukar asalkan perlu dikuarantin sebelum menjadi pemain semula. 

Permainan menjadi lebih hangat apabila semua kumpulan telah membuat bentuk yang berbeza-beza sedangkan hanya satu model disediakan. Bermacam gaya dan strategi yang digunakan oleh ejen untuk mencapai kefahaman ahli lain. Selang satu jam bermain, hanya kumpulan putih berjaya menghasilkan model yang hampir sama. 

Penutup malam pertama telah diakhiri dengan perkongsian mengenai apa yang mereka pelajari dari aktiviti hari tersebut dan perkongsian apa ketakutan yang mereka pernah rasakan dan tengah berusaha atau berjaya hadapai cabaran tersebut.


Day 2

Hari kami dimulakan seawal 7:30 pagi, di mana semua perlu berpakaian sukan. Tanpa melengahkan masa, kami melakukan senaman ringkas dan mula ‘berjalan’ ke suatu tempat. 

Punya lah berjalan sampai ke suatu tempat perlu ‘hiking’ di kawasan berbatu yang agak licin memandangkan semalaman hujan.

Walaupun agak mencabar, semua masih lagi bersemangat ya! 

Dalam 20 minit begitu, sampai ke puncak bukit dan kelihatan samar-samar mercu kota raya oleh kerana cuaca mendung akibat hujan tidak berhenti sejak malam semalam.

Semua tidak melepaskan peluang mengambil gambar dan video. 

Usai itu, semua peserta dibenarkan turun untuk menikmati sarapan pagi sebelum melakukan aktiviti terakhir iaitu, ‘explorace’

Makanan pagi juga lengkap di mana ada nasi lemak, baked bean, roti bakar, buah-buahan dan macam macam lagi.

Aktiviti terakhir diteruskan dengan explorace sebanyak 6 checkpoint iaitu:

  1. Teka perkataan 
  2. Tenis Futsal 
  3. Seimbangkan pancing di atas cawan
  4. Atasi Ketakutan dengan 6 kotak misteri
  5. Dirikan semua paku ke atas satu paku
  6. Flying Fox 

Kesemua checkpoint ini mementingkan kerjasama antara kumpulan di mana dengan adanya kerjasama dan kefahaman sesama ahli kumpulan, ia dapat menjadikan satu tugasan yang diberikan siap dengan cepat. 

Selesai sahaja explorace, peserta dibenarkan pulang ke bilik untuk bersiap diri dan berkemas untuk urusan check out.

Akhir sekali merupakan majlis penutupan yang dirasmikan oleh Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari iaitu YB Juwairiya binti Zulkifli yang juga ADUN Bukit Melawati di mana semua peserta diberikan satu lagi token hadiah percuma dari Kotex dan juga sijil penyertaan.

Ada juga antara peserta yang bertuah berjaya menerima hadiah Kotex ‘once in a lifetime supply’ di mana terdapat voucher dilekatkan di beberapa kerusi terpilih yang diduduki oleh mereka.

Menarik bukan kem yang dianjurkan Kotex ni? Memang banyak pengalaman diperolehi selain berkenalan dengan orang ramai! 

Apa-apa pun, ‘Period Or not, She Can’! Jangan lepaskan peluang untuk mencuba produk inovasi Kotex dalam kehidupan seharian anda dan sertai peraduan yang mereka lakukan di masa akan datang. Confirm, tidak menyesal!

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Kotex dan produk Kotex Total Protection Overnight serba baharu layari laman web mereka di sini.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.