KLFW2023 Kembali Untuk Tahun Ke-11, Tampil Dengan Rekaan Baju Lebih Fresh Dari Para Pereka Tempatan

Kuala Lumpur Fashion Week 2023 (KLFW2023) kembali lagi menggegarkan industri fesyen dengan konsep yang lebih segar bagi tahun ke-11 selain turut memberikan pengalaman dan penglibatan yang lebih terjuga.

Acara gilang-gemilang yang berlangsung selama tujuh hari dari 21 hingga 27 Ogos di tujuh lokasi berbeza turut menampilkan 50 pereka fesyen dan jenama tempatan yang mempersembahkan pelbagai koleksi terbaharu mereka.

Kewujudan acara ini secara tidak langsung telah memberi peluang kepada pereka fesyen di negara ini untuk menampilkan diri selain menjadi salah satu platform untuk penyatuan, penghargaan dan dapat berkembang dengan baik.

Malah setelah sedekad KLFW berlangsung ia sentiasa menyokong industri fesyen tempatan dengan menampilkan inovasi, penyesuaian, dan juga kreativiti yang secara berterusan.

Foto: KLFW2023

Tujuh pereka yang bakal buat penampilan sulung selepas berehat

Apa yang lebih menarik acara ini turut memaparkan tujuh pereka yang bakal membuat penampilan di KLFW2023 selepas berehat seketika antaranya:

  • Fairuz Ramdan
  • Andy Sulaiman
  • Ezzati Amira
  • ZaimiZulkafli
  • Supercrew

Pertunjukan pembukaan acara fesyen itu pada tahun ini juga akan mempamerkan lapan pereka fesyen yang diketengahkan daripada Persatuan Pereka Rasmi Malaysia (MODA) untuk meraikan sokong KLFW kepada organisasi serta lembaran baharunya.

Selain itu, KLFW kali ini turut mempunyai segmen yang baharu iaitu “Asia Fashion Xchange’ di mana ia bakal dijadikan satu acara tahunan sebagai salah satu cara untuk memupuk dan meraikan pereka serta jenama Asia serantau dan ia akan dimulai dengan Buttonscarves.

Bunttonscarves merupakan sebuah jenama yang berasal dari Indonesia.

“Sejak penubuhan kami pada 2023, kami bernasib baik untuk mencapai sesuatu yang besar dan meluas selain turut mendapat sokongan yang memberangsangkan daripada pereka, penaja, serta rakan kongsi yang berada di dalam industri fesyen Malaysia.

“Untuk KLFW2023, visi kami adalah untuk mengurangkan negatif untuk memberi fokus kepada reka bentuk, kreativiti, serta semangat untuk memajukan fesyen,” ujar Pengasas KLFW, Andrew Tan.

Penaja yang terlibat dalam KLFW2023

Malah pada tahun ini, acara ini turut mendapat pelbagai tajaan antaranya adalah:

  • Kumpulan AmBank
  • L’Oréal
  • NX Holdings Berhad
  • MOCCONA
  • Watson
  • Colgate
  • Kolaborator Samsung
  • AirAsia Ride
  • AirAsia
  • Santan
  • Steve Maddin
  • Isetan Kuala Lumpur
  • Vida
  • Laurastar.

Dilakukan di 7 lokasi berbeza selama 7 hari

Selain itu, seperti yang dimaklumkan KLFW2023 yang berlangsung selama tujuh hari ini akan dilakukan di tujuh lokasi berbeza iaitu:

  • Sofitel Kuala Lumpur Damansara
  • Parkroyal Collection Kuala Lumpur
  • Shangri-La Kuala Lumpur
  • Menara Naza Platinum Park
  • Aloft Kuala Lumpur Sentral
  • Boathouse
  • InterContinental Kuala Lumpur.

Ambank teruja jadi sebahagian penaja KLFW2023, akan terus memberi sokongan kepada pereka fesyen tempatan

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AmBank, Datuk Sulaiman Mohd Tahir mengatakan bahawa KLFW merupakan enkapsulasi (fakta) mengenai Malaysia di mana ia unik, inovatif dan bertenaga.

“Kami sangat teruja untuk menjadi sebahagian daripada acara yang dinanti-nantikan untuk tahun ketiga berturut-turut.

“Institusi kewangan terus memainkan peranan penting dalam menyokong pereka fesyen tempatan kita. Selaras dengan aliran fesyen pengguna yang semakin berkembang, kami berharap sokongan kami dapat terus memberi inspirasi kepada pencipta fesyen untuk melakukan yang terbaik demi mencapai kecermerlangan artisitik dan kreatif,” katanya.

Manakala Pengurus Besar CPD MYSG  L’Oréal Paris di Malaysia Singapura, Ankit Porwal berkata visi mereka pada acara ini adalah untuk meraikan keunikan setiap indiidu dan memupuk pemerkasaan melalui kecantikan dan KLFW adalah seiring dengannya.

Foto: KLFW2023

FashionConnect.23 dan Kuala Lumpur Fashion Award kembali

Antara yang turut tidak melepaskan peluang pada KLFW2023 adalah FashionConnect.23 dan juga Kuala Lumpur Fashion Awards (KLFA) yang kembali membuat kemunculan semula pada tahun ini.

Fashion Connect merupakan acara pendidikan yang direka bagi mempertingkat keseluruhan rantaian bekalan industri fesyen dengan mewujudkan ekosistem yang mampan serta progresif.

Ia dipersembahkan oleh kumpulan AmBank, malah acara ini menawarkan pelbagai pengalaman menarik selain turut merangsang pemikiran para pereka di dalam industri serta tokoh budaya.

Menerusi forum pertamanya pada tahun 2022, antara barisan pereka yang menjadi panel adalah Kit Woo, Nurita Harith, serta Rizman Nordin bersama dengan beberapa syarikat utama seperti Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Kumpulan AmBank, Maxis dan juga Capital A.

Untuk maklumat lanjut mengenai KLFW2023, anda boleh melawati laman sesawang mereka atau mengikuti setiap update terbaharu di platform media sosial seperti Facebook dan Instagram.

Recent Posts

  • Dunia
  • Trending

Gara-gara Wanita Letak Kereta Di Tempat Tak Sepatutnya, Nama Malaysia Jadi Sebutan Di Jepun

Ekoran daripada insiden 'double park' tersebut, kontraktor di Jepun terpaksa mengambil masa selama 3 jam…

1 day ago
  • Trending

Pelari Menara Terbaik Dunia Bawa 1 Beg ‘Jajan’ Dari Malaysia Untuk Kongsi Dengan Atlet Negara Lain

Antara snek zaman kanak-kanak yang dibawa di dalam bagasi Soh Wai Ching adalah keropok jenama…

1 day ago
  • News
  • Trending

Guru Didakwa Tampar, Tumbuk & Cekik 4 Pelajar Hanya Kerana Diintai Ketika Sedang Merokok

Guru sekolah agama berkenaan didakwa turut memarahi dan melemparkan kata-kata kesat kepada beberapa orang murid…

1 day ago
  • Trending

Pelancong China Kecewa Bercuti Di Malaysia, Badan Basah Kuyup Gara-gara Hujan Tak Henti

Pelancong dikenali sebagai Xiao Huihui itu mengeluh selepas terpaksa meredah hujan lebat ketika bersiar-siar di…

1 day ago
  • Trending

Kereta Terpaksa Jalan Mengundur Gara-gara Kamera Di Palang Parkir ‘Gagal’ Imbas Nombor Plat [Video]

Jelas pemilik kereta, dia terpaksa meletakkan nombor plat di bahagian depan kiri kerana ruangan tengah…

1 day ago
  • Trending

Pelajar Gigih Ulang Kaji Pelajaran Bawah Lampu Jalan Curi Perhatian Netizen [Video]

Menurut beberapa netizen, pelajar yang belajar di bawah lampu jalan itu merupakan penuntut dari Universiti…

1 day ago