
From Desa To Hartamas With Love! Ini Review Kami Makan Di Restoran Cili Kampung
Kami sangat mencadangkan untuk anda semua cuba menu Daging Masak Lemak, Epal Assam Boi dan Onde-onde Puding Bakar, memang tak akan menyesal.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Sebut sahaja cili, mesti terus terfikir menu masakan Melayu yang mempunyai pelbagai variasi serta tahap kepedasan berbeza. Sama juga dengan Cili Kampung Hartamas; korang akan automatik teringat-ingat menu hidangan lauk mereka serta suasana restoran yang begitu menenangkan.
Restoran Cili Kampung Hartamas
Baru-baru ini, team BuzzKini telah berpeluang untuk merasai hidangan lauk-pauk masakan Melayu di Restoran Cili Kampung Hartamas. Sebelum ini, memang pelbagai jenis reviu diberikan oleh orang ramai berkenaan dengan restoran ini.
Dan kami juga pernah ‘mencuba nasib’ untuk membuat tempahan berbuka puasa pada tahun ini; tetapi tiada rezeki. Maklumlah, restoran ini masih sedang hangat diperkatakan oleh orang ramai.
Ternyata, rakyat Malaysia amat menyukai masakan kampung dan pedas.

Bila bercakap tentang suasana, Restoran Cili Kampung Hartamas ini menawarkan suasana yang sangat mewah. Dekorasi yang diketengahkan adalah bertemakan suasana berada di kampung halaman. Amat menenangkan dan selesa.
Pendek kata, ambience di Restoran Cili Kampung Hartamas ini memang WIN.
NOTA: Kalau anda bercadang untuk makan di Cili Kampung, kami cadangkan untuk buat tempahan terlebih dahulu. Jika tidak, kena tunggu giliran agak lama sedikit.


Review BuzzKini Menjamu Selera Di Restoran Cili Kampung Hartamas
#1 Servis 5 Bintang
Servis di Restoran Cili Kampung Hartamas ini memang terbaik.
Disebabkan pertama kali datang ke sini, rambang mata kami tak tahu nak pesan hidangan yang mana satu kerana semuanya nampak sedap. Jadi, pekerja mereka yang bernama Haris telah memberikan kami beberapa cadangan menu ‘signature’ yang popular dan wajib dicuba!

#2 Makanan (9/10)
Kami memesan beberapa jenis lauk yang menjadi kegemaran pelanggan di Restoran Cili Kampung Hartamas ini. Maklumlah, pertama kali mencuba, nak order pun takut tak tahu mana yang paling sedap dan popular.
Antara hidangan menarik yang kami pesan adalah:
Daging Masak Lemak

Waktu kami tengah rambang mata dan pening tak tahu nak pilih menu yang mana satu, staf di sini recommended hidangan Daging Masak Lemak. Daging salai yang dimasak dengan sempurna, tak liat langsung ditambah pula dengan kuah masak lemak yang pekat memang ‘syahdu’ bila makan dengan nasi putih.
Sambal Asam Pedas Ekor & Tetel

Sambal Asam Pedas Ekor dan Daging Tetel ini tak sama macam asam pedas biasa kerana hidangan ni tidak berkuah dan kering sahaja. Tapi sambal asam pedas dia memang padu. Tahap kepedasan pun manja-manja sahaja. Paling best, daging tetel yang dihidangkan pun tak liat, senang dikunyah. Sesuai untuk semua orang makan.
Siakap Masak Kicap

Ikan siakap itu digoreng dengan sempurna, ranggup di luar dan lembut di dalam. Kuah kicap pula tidak terlalu manis dan tawar. Kalau semua hidangan dah pedas, hidangan kicap ini akan ‘balance’ sikitlah. Memang puas hati, TBH.
Sambal Udang Petai

Udang yang digunakan bukan udang biasa. Besar macam udang galah atau udang harimau! Lebih istimewa lagi, setiap hidangan sambal dimasak dengan cili boh yang dibuat sendiri. Makan satu pun dah cukup sebab saiznya besar, okay.
Sayur Kailan Ikan Masin

Rasa ikan masin yang seimbang membuatkan hidangan sayur ini melengkapi hidangan malam kami. Untuk korang yang jenis tak boleh makan nasi tanpa sayur, mereka juga menawarkan beberapa jenis hidangan sayur lain untuk citarasa yang berbeza.
Time For Dessert!
Walaupun perut sudah kenyang sehingga kami tersandar, pencuci mulut mereka tetap kena cuba. Ada dua jenis ‘dessert’ yang kami try iaitu:
Onde-onde Puding Bakar

Tekstur seperti puding, rupa seperti kuih bakar dan rasa seperti onde-onde. Menarik, kan? Ditambah pula dengan kelapa yang direndam di dalam gula melaka serta tekstur yang keras.
Bukit Kelapa

Pencuci mulut Bukit Kelapa ini sebenarnya adalah aiskrim kelapa yang dihidangkan di dalam tempurung kelapa. Yang membuatkan ‘presentation’ ini lebih unik adalah terdapat ketulan ais kering yang berasap di bawahnya dengan bunyian seperti berada berhampiran sungai.
Macam ASMR!
Dari segi rasa pula, campuran beberapa bijiran dan kekacang menjadikan aiskrim kelapa itu lebih ‘umph’!
#3 Minuman
Tembikai Laici & Limau Freeze
Minuman ini juga dihidangkan dengan sepotong buah tembikai di atasnya dengan sebiji buah laici. Refreshing, serius.

Sirap Pandan Kenduri
Kalau anda nak minum air yang simple, Sirap Pandan Kenduri ini paling sesuai. Rasa dia memang sebiji macam air sirap di majlis kenduri kahwin.
(Lepas minum terus rasa sebak, sebab diri ini masih belum dimiliki).
Epal Assam Boi

Epal Assam Boi ini merupakan salah satu minuman ‘signature’ Restoran Cili Kampung Hartamas, rasa epal dan asam boi memang seimbang dan boleh dikatakan air ini sangat menyegarkan. Sesiapa yang tak suka minum manis serta berlemak dan lebih suka kepada masam, korang boleh cuba air Epal Assam Boi ini.
Recommended!
- Lokasi: Lot No V-02, Hartamas Walk, Hartamas Shopping Centre, Jalan Sri Hartamas 1, Taman Sri Hartamas, 50480 Kuala Lumpur.
- Waktu Operasi: Isnin hingga Ahad (12pm-10pm).

Overall, pengalaman kami menikmati masakan Melayu di Restoran Cili Kampung Hartamas memang berbaloi dan memuaskan hati. Worth every penny, orang kata.
Adakah kami akan berkunjung tiba sekali lagi? DEFINITELY.