fbpx
Now Reading
SKS Airways Pamer Pesawat Embraer E195-E2, Bakal Digunakan Di Malaysia Kelak

SKS Airways Pamer Pesawat Embraer E195-E2, Bakal Digunakan Di Malaysia Kelak

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif SKS Airways, Dzuleira Abu Bakar, pihaknya teruja dengan ketibaan E195-E2 ‘TechLion’ di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah. disifatkan sebagai ‘tepat pada masanya.’

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Syarikat penerbangan, SKS Airways Sdn Bhd sekitar Mei lalu ada mengumumkan pajakan 10 pesawat Embraer E195-E2 bernilai lebih AS$840 juta (RM3.95 bilion) daripada Azorra Aviation untuk rancangan melebarkan servis penerbangannya.

Dua bulan kemudiannya, syarikat itu memaklumkan telah pesawat berkenaan telah menerima pensijilan daripada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) sekaligus membuka jalan bagi kemasukannya ke dalam perkhidmatan menjelang 2024.

Terbaharu pada Jumaat (29 September) SKS Airways bersama dengan Embraer telah bekerjasama dengan mempamerkan model Embraer E195-E2 berkenaan di satu acara penerbangan demonstrasi kepada media di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif SKS Airways, Dzuleira Abu Bakar, pihaknya teruja dengan ketibaan E195-E2 ‘TechLion’ di lapangan terbang berkenaan yang disifatkan sebagai ‘tepat pada masanya.’

“Dengan tempat duduk yang luas, kelegaan ruang kaki dan kabin yang sangat senyap, penumpang boleh menjangkakan tahap keselesaan yang luar biasa apabila memilih untuk terbang dengan Embraer E195-E2 SKS Airways,” kata Dzuleira.

Tambahnya demonstari ini bertujuan untuk memberikan pemahaman tentang ciri dan keupayaan unik E195-E2 hingga menjadi pilihan pihaknya dalam melebarkan servis mereka.

Mengulas lebih lanjut beliau berkata, pesawat itu turut dilengkapi dengan pelbagai ciri antaranya kabin yang luas, mesra penumpang selain pilihan tempat duduk premium dan antara yang terbaik dalam industri penerbangan.

Bukan itu sahaja, ia juga disifatkan sebagai pesawat di pasaran yang paling menjimatkan minyak dan senyap sekaligus memberikan keselesaan kepada penumpang di dalam kabin.

Sebelum ini E195-E2 ‘TechLion’ ada dipamerkan di Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2023 (LIMA ’23) pada Mei lalu dan Selangor Aviation Show 2021.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.