The Exchange TRX meraikan keindahan Ramadan dan Aidilfitri yang bakal tiba ini dengan tema ‘Magnificence of Raya’ iaitu sebuah pameran visual yang menampilkan budaya, tradisi dan kesenian Melayu.
Para pengunjung boleh menikmati keunikan batik yang dipaparkan dalam pameran dan persembahan memukau yang bermula dari 21 Mac hingga 21 April 2024.
Pengarah Projek The Exchange TRX dan Ketua Peruncitan Lendlease Malaysia, Mitch Wilson berkata, kekayaan dan tarikan budaya masyarakat Melayu tidak dapat dinafikan dan ia sudah sebati dengan lumrah kehidupan rakyat Malaysia yang berbilang kaum.
“Sebagai nadi gaya hidup Pusat Kewangan Antarabangsa di Malaysia, penganjuran ‘Magnificence of Raya’ meraikan keindahan budaya tradisional Melayu dan memberi penekanan terhadap peranannya dalam membentuk senibina, rekaan dan seni kontemporari Malaysia.
“Matlamat kami adalah untuk membina peluang bagi komuniti setempat The Exchange TRX untuk saling memahami dan menghargai budaya satu sama lain.
“Selain pameran yang menghiasi Central Exchange, gerbang pintu masuk, ruangan umum dan TRX City Park, kami turut membawa persembahan kebudayaan di Central Exchange dengan harapan ia dapat memberi pengalaman yang boleh dihayati oleh semua pengunjung” katanya.
BuzzKini turut dijemput semalam (21 Mac) ke The Exchange TRX untuk menikmati dan merasai sendiri pengalaman berada di sekitar kawasan berkenaan, kami boleh katakan bahawa ianya antara dekorasi raya yang paling cantik dan memukau mata.
Pengunjung akan disambut oleh elemen hiasan di gerbang masuk dan keseluruhan ruang dalaman The Exchange TRX dan terdapat sebuah kotak lampu gergasi berbentuk ketupat yang begitu sinonim di hari raya di TRX City Park.
‘Magnificence of Raya’ pula akan bertumpu di Central Exchange dengan menampilkan sebuah rumah kampung yang mempunyai senibina Melayu tradisional.
Difahamkan, unsur utama bagi kempen ini ialah batik Malaysia yang mengambil ilham daripada keindahan alam di Malaysia yang dijiwai secara halus dengan motif keindahan Bunga Raya sebagai tumpuan utama.
Lebih menarik lagi, terdapat juga hiasan bunga-bunga mekanikal gergasi yang berayun lembut seumpama ditiup angin sebagai tanda penghargaan terhadap lanskap semulajadi Malaysia.
Central Exchange juga akan menjadi tumpuan pengalaman kebudayaan kepada semua pengunjung, di mana mereka yang ingin berehat sementara membeli-belah boleh menikmati persembahan silat dan wayang kulit atau persembahan muzik daripada kumpulan caklempong dan kompang.
Pengunjung juga dipelawa untuk memuat naik gambar dengan hiasan raya kegemaran mereka untuk melayakkan mereka memenangi hadiah daripada The Exchange TRX.
Pengunjung akan semestinya teruja dengan promosi dan tawaran Ramadan-Raya yang disediakan oleh jenama-jenama tempatan di The Exchange TRX, seperti Ariani, Bonia, Calaqisya, Carlo Rino, Habib, Minimalist Lab, Wanderlust + Co.
Pengunjung yang ingin berbuka puasa bersama rakan-rakan dan keluarga boleh mencuba pelbagai jenis makanan dari Meriah oleh Serai Group, yang menampilkan hidangan dari Asia Tenggara; dan G’rai, sebuah restoran yang mengambil inspirasi citarasa Melayu asli dan membawa juadah istimewa beraneka rasa.
Untuk memeriahkan lagi suasana, The Exchange TRX turut meraikan kanak-kanak dan penjaga mereka dari Rumah Bakti Syaheera yang akan mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti seperti mencanting batik dari corak lukisan tangan dan banyak lagi.
Sepanjang tempoh kempen ini berlangsung, pengunjung serta pemegang kad UOB atau Citibank berpeluang menerima hadiah eksklusif daripada The Exchange TRX.
Berikut senarai hadiah eksklusif berserta syaratnya:
Klik DI SINI untuk maklumat lanjut atau ikuti The Exchange TRX di Facebook dan Instagram.
Ekoran daripada insiden 'double park' tersebut, kontraktor di Jepun terpaksa mengambil masa selama 3 jam…
Antara snek zaman kanak-kanak yang dibawa di dalam bagasi Soh Wai Ching adalah keropok jenama…
Guru sekolah agama berkenaan didakwa turut memarahi dan melemparkan kata-kata kesat kepada beberapa orang murid…
Pelancong dikenali sebagai Xiao Huihui itu mengeluh selepas terpaksa meredah hujan lebat ketika bersiar-siar di…
Jelas pemilik kereta, dia terpaksa meletakkan nombor plat di bahagian depan kiri kerana ruangan tengah…
Menurut beberapa netizen, pelajar yang belajar di bawah lampu jalan itu merupakan penuntut dari Universiti…