fbpx
Now Reading
Ikuti Cara Mudah Ini Untuk Kitar Semula Bagasi Lama. Siap Dapat 40% Diskaun Dari Samsonite!

Ikuti Cara Mudah Ini Untuk Kitar Semula Bagasi Lama. Siap Dapat 40% Diskaun Dari Samsonite!

Setiap kali anda kitar semula beg pakaian lama dengan Samsonite sepanjang kempen berlangsung, anda berpeluang menerima diskaun sehingga 40% untuk koleksi tertentu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Di rumah masing-masing mesti ada bagasi yang lama sudah tidak digunakan. Kalau nak balik kampung dua atau tiga hari, ramai yang lebih cenderung untuk menggunakan beg sandang (duffle bag) sahaja sebab lagi senang dan tak makan banyak ruang di dalam kereta.

Untuk yang nak travel jauh atau dalam tempoh lama, pasti bagasi (baggage) besar yang jadi pilihan. Namun bila terlampau banyak beg lama di rumah, mesti rasa semak kan? 

Anda tak tahu nak buat apa dengan bagasi lama di rumah?

Don’t worry, kami ada penyelesaiannya sebab kini anda semua boleh ‘buang’ bagasi lama dan gantikan dengan yang ‘fresh’ dan baharu hanya dengan mengitar semula. Tapi ini bukanlah cara ‘recycle’ yang anda fikirkan. Sebab beg biasa itu dicampur dengan plastik, logam, kain, kulit, dan banyak lagi.

via GIPHY

Jadi tak mudah untuk dikitar semula dan kemungkinan besar akan habis di tapak pelupusan sampah sahaja.

Cara lain pula adalah untuk derma pada yang memerlukan. Tapi tengok juga keadaan bagasi itu, kalau dah buruk sangat – disarankan janganlah derma pada orang. Kasihan mereka.

Sebenarnya terdapat banyak perkara yang boleh anda buat dengan dengan bagasi lama yang terdapat di rumah.

Kredit: Envato

Ini 4 Cara Kreatif Untuk Guna Balik Bagasi Lama

“Modern problems require modern solutions.”

#1. Jadikan Sebagai Perabot ‘Mini’ & Simple

Waktu inilah anda memerlukan jalan penyelesaian dan pemikiran yang di luar kotak. Anda boleh cuba mencabar diri untuk berfikiran lebih kreatif dan berseni di mana bagasi lama itu boleh ditransformasi kepada perabot seperti kerusi, meja kopi, ataupun tempat untuk meletakkan barangan lama.

#2. Storage Barangan Lama & Jarang Dipakai

Eh, bukan itu sahaja. Anda juga boleh menjadikan bagasi lama itu sebagai tempat penyimpanan item yang boleh dipakai semula seperti selimut, buku, baju-baju musim sejuk, dan sebagainya.

Kredit: Envato

Kalau sudah tiba masa untuk travel, capai sahaja beg pakaian lama itu. Tidaklah terlalu banyak dalam almari!

#3. ‘Katil’ Untuk Anak Bulus Kesayangan

Kalau nak beli katil untuk haiwan peliharaan kesayangan seperti kucing, hamster, sugar glider, mesti membazir. Sebab mereka bukannya guna selalu. Balik-balik, tidur merata juga. Bahkan, katil tuannya pun diambil!

Untuk menyelesaikan konflik ‘rebut katil’ dengan si bulus, anda boleh membina sendiri tempat tidur buat mereka dengan menggunakan bagasi lama. Hias cantik-cantik menggunakan kreativiti dan citarasa tersendiri, dan nanti pasti si bulus tidak akan ‘conquer’ katil anda lagi.

#4. Hiasan Pada Dinding

Yang ini kalau nak buat kena berhati-hati sikit sebab kalau terjatuh, jenuh juga nak mengemas. Kalau terkena kepala, boleh berpusing jugalah dunia dibuatnya.

Tahukah anda, bagasi lama boleh dijadikan sebagai perhiasan pada dinding yang kosong. Kalau anda ada sudut yang masih tidak memiliki perhiasan, bolehlah cuba untuk buat ‘Shelving Units’. (Tapi jangan lupa buang penutup di hadapan dulu).

Nak letak barang pun boleh. Jimat sikit ruang dan tak perlulah beli almari baharu lagi.


Samsonite: Upgrade Your Journey!

via GIPHY

Malas nak DIY? Ha! Dah tak perlu pening-pening fikir mana nak campak bagasi lama anda. Jenama beg terkenal iaitu Samsonite ada solution untuk masalah anda ini menerusi kempen baharu mereka iaitu ‘Tukar Beg Samsonite’.

Anda boleh ‘upgrade’ bagasi lama dengan yang baharu bermula 10 Mei sehingga 23 Jun 2024! Dan jangan risau ya, kalau anda ada bagasi jenama lain pun anda masih boleh bawa ke butik fizikal Samsonite dan trade-in sebab kempen ini tidak terhad kepada bagasi jenama Samsonite sahaja.

Tapi apa yang bestnya?

Anda akan menerima sebanyak 40% diskaun untuk koleksi Magnum Eco dan Noun dari Samsonite!

Koleksi Magnum Eco oleh Samsonite.

Koleksi Nuon oleh Samsonite.

Lebih menarik, dua koleksi ini memiliki pelbagai warna yang disediakan untuk anda.

  • Koleksi Noun: Metallic Dark Blue, Matte Graphite dan Metallic Red
  • Koleksi Magnum Eco: Summer Blue, Forest Green, Graphite, Midnight Blue dan Maple Orange

Cara Untuk Trade-In Bagasi Lama Di Samsonite

“Upgrade Your Journey” with Samsonite.

Ikuti dua cara mudah ini untuk anda menukar bagasi lama sama ada menerusi atas talian ataupun di kedai fizikal Samsonite:

  1. Buat pembelian secara atas talian dan hantarkan bagasi lama anda di kedai fizikal Samsonite berdekatan anda.
  2. Tukar terus bagasi lama anda di kedai fizikal Samsonite.

Mudah sahaja, kan? Tak perlu susah payah nak fikir dekat mana nak buang bagasi lama, lepas ini kalau ‘trade-in’ dengan Samsonite, terus dapat beli luggage baharu. Barulah ada semangat nak jalan-jalan di luar negara dengan bagasi cantik dan baru!

Untuk maklumat lanjut, ikuti media sosial Samsonite di Facebook, Instagram ataupun laman sesawang rasmi mereka [DI LINK INI].

“Trade for transformation, upgrade your journey with Samsonite.”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.