Irwansyah Sedia Hijrah ke Malaysia

SEDEKAD yang lalu, nama Irwansyah cukup popular bukan sahaja di Indonesia, bahkan sehingga ke beberapa negara Asia Tenggara lain, termasuklah Malaysia.

Namun siapa sangka, akui lelaki berusia 32 tahun ini, Malaysia sudah diibaratkan seperti rumah keduanya, apatah lagi, dia sering berulang alik dari Jakarta ke Kuala Lumpur sejak 10 tahun lalu atas komitmen kerja. Kini, aktor yang juga penyanyi dan terkenal dengan lagu seperti Pencinta Wanita, Kamelia dan Kutunggu Jandamu ini mengakui sedia untuk berhijrah ke Malaysia. Apatah lagi, kerjayanya kini kembali mekar di Malaysia dan Irwansyah bakal muncul menerusi drama terbitan produksi Malaysia, Dia.

Selain itu, dia juga merancang mengembangkan perniagaan kek yang diusahakan bersama rakan baiknya, Laudya Cynthia Bella, yang juga isteri Engku Emran. “Kalau ikutkan Malaysia sudah seperti rumah kedua saya dan dulu ketika saya masih aktif menyanyi, saya kerap berulang alik ke sini sehingga empat kali sebulan kerana memenuhi undangan.

 

“Begitu juga dengan isteri saya, dia ada mengikuti saya ke sini semasa penggambaran drama Dia dan Zaskia terus jatuh cinta dengan suasana di Malaysia. Malah selepas kunjungan ke sini bagi memeriahkan majlis pernikahan Bella, dia ada bertanya bila lagi mahu ke mari. “Bella juga sudah menetap di sini, secara tak langsung kami ada juga berbincang untuk melebarkan perniagaan kek,  Bandung Makuta ke sini nanti.  Jadi tengoklah macam mana nanti. Tapi kalau ada rumah hendak dijual beritahu saya ya,” ujarnya berseloroh ketika ditemui pada majlis pelancaran dan sidang media drama Dia.

Saya berpegang dengan syarat Zaskia yang tidak mahu saya berpelukan atau bercium – Irwansyah

Pegang syarat isteri

Sementara itu, ditanya mengenai babak romantis yang perlu dijayakan bersama Janna dan Izara, Irwansyah berkata, dia tidak mempunyai sebarang masalah menjayakan babak romantis, namun berpegang dengan syarat isterinya yang tidak mahu dia berpelukan mahupun bercium dengan gandingannya.

“Saya tidak mempunyai sebarang masalah bergandingan dengan kedua-dua pelakon. Tetapi dari awal lagi saya berpegang dengan syarat Zaskia yang tidak mahu saya berpelukan atau bercium. Cuma tak kisah kalau ada bersentuhan sedikit.

“Sejak awal lagi, saya sudah berbincang dengannya mengenai drama ini dan dia memahami kerja saya.

“Lagipun sebagai suami, saya tahu batas-batas saya dan produksi juga tidak meminta untuk melakukan babak berlebihan,” jelasnya.

 

Source: Sinar Online

Recent Posts

  • Trending

Haramkan Syarikat Bersubahat Dalam Genosid Gaza Daripada NATSEC Asia 2024 – NGO Malaysia

Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan NATSEC 2024 dijadualkan berlangsung di di Pusat Pameran dan…

9 hours ago
  • News
  • Trending

Tak Mampu Ganti Pemadam Kawan, Kanak-Kanak Umur 10 Tahun Tawar Seks Untuk Bayar Hutang

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, kes itu bagaimanapun tidak difailkan memandangkan ia disifatkan…

10 hours ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

The Exchange TRX perkenal TRX Eats, Makan Sambil Berhibur Sepanjang Bulan Mei Ini!

TRX Eats adalah perayaan kepelbagaian kuliner dan kehidupan sosial yang mencerminkan semangat The Exchange TRX.

11 hours ago
  • News
  • Trending

Kedudukan Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Salah Kementerian Sepenuhnya – Fahmi Fadzil

Menurut Fahmi Fadzil, undang-undang di bawah kementerian berbeza turut dilihat mempengaruhi laporan yang dikeluarkan oleh…

11 hours ago
  • Trending

BJAK Tak Pernah Dapat Kelulusan Jalankan Perkhidmatan ‘Renew’ Cukai Jalan – JPJ

Menurut JPJ, tiada intergrasi sistem di antara sistem JPJ (MySIKAP) dengan sistem yang digunakan oleh…

13 hours ago
  • Trending

Peniaga Apam Balik Jadi Bidan Terjun, Baca Doa Di Kenduri Kahwin Buat Ramai Kagum [Video]

Apa yang menjadi perhatian adalah bacaan doa pemuda berkenaan yang lancar, penuh dengan lenggok dan…

13 hours ago