fbpx
Now Reading
Red Velvet Penampilan Terakhir Neelofa, Umum Akan Bersara Daripada Berlakon?

Red Velvet Penampilan Terakhir Neelofa, Umum Akan Bersara Daripada Berlakon?

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Disebalik segala kontroversi yang melanda dirinya, tidak dapat dinafikan pelakon Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor telah mencapai beberapa kejayaan luar biasa tahun ini. Pengiktirafan beliau dalam senarai Forbes Asia 30 Under 30 2017 sebelum ini secara langsung memperkenalkan Malaysia di mata dunia.

Dengan tanggungjawab barunya sebagai pengarah bebas bukan eksekutif Air Asia, Neelofa bakal menaikkan lagi kedudukan Malaysia di sfera global. Demi menjaga amanah, pengasas tudung ‘Naelofar’ itu baru-baru ini memberitahu New Straits Times dia terpaksa mengurangkan untuk terima tawaran berlakon.

Ia adalah satu lagi tanggungjawab yang diamanahkan kepada saya, makanya adalah baik saya  berhenti berlakon buat sementara waktu. Nampaknya lakonan tidak akan menjadi keutamaan bagi saya pada 2018.

Walau bagaimanapun, usahawan itu memberi jaminan bahawa dia akan terus mengacara program Meletop disamping pengacara, Nabil Ahmad.

Saya telah bersama Nabil Ahmad selama lima tahun, dan MeleTOP telah menjadi sebahagian daripada saya.

Nabil, pihak produksi dan peminat Meletop – kami berkongsi hubungan yang baik, dan saya tidak mahu mengakhirinya.

Kami di BuzzKini! mendoakan kejayaan Lofa di luar sana. Lepas ni, peminat Lofa mesti rindu tengok dia kat skrin.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.