“Selagi Cincin Masih Bersama Elfira, Mereka Masih Bertunang”

Sebentar tadi ibu Elfira Loy telah mengesahkan tali pertunangan anaknya dan Sufian Suhaimi sudah putus. Tetapi lain pula jawapan balas Sufian, beliau tetap percaya mereka masih bertunang selagi cincin masih di jari manis wanita itu.

Menerusi pengurusnya, Mahadhir Mohamad, Sufian memberitahu hubungan beliau dan Elfira tidak mempunyai sebarang masalah kecuali dari pihak ketiga. Mungkinkah pihak ketiga itu datang dari ibu bapa Elfira?

“Dia berpegang kepada prinsip selagi cincin masih bersama Elfira mereka masih bertunang. Katanya dia dengan Elfira tiada masalah kecuali ada pihak ketiga,” kata pengurusnya kepada m Star Online.

Selain itu, ada juga perkara berbangkit mengatakan ibu Elfira terasa hati dengan Sufian, gara-gara beliau memuat naik kenyataan di Insta story mengatakan wanita itu merupakan orang ketiga dalam hubungan mereka.

Bagaimanapun Mahadhir berkata, Sufian akan tampil menjelaskan perkara sebenar di Instagramnya nanti. Manakala ibu Elfira akan bertermu dengan keluarga Sufian untuk memulangkan cincin dalam masa terdekat.

Nampaknya rumit juga hubungan Elfira dan Sufian ini, apalagi dengan kenyataan baru dikeluarkan Sufian, seolah ibu Elfira menghalang hubungan mereka. Apapun harapnya mereka dapat menyelesaikan masalah ini dengan cara baik.

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

Amanie Academy Perkenal 2 Platform AI Baru, Inovasi Baru Dalam Pendidikan & Kewangan Islam

Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…

1 day ago
  • Trending

“Besar Pahala Dia” – Tindakan Mutawif Gigih Pimpin Jemaah Buta Ke Depan Kaabah Raih Pujian [Video]

Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.

2 days ago
  • News
  • Trending

Tiada Kasino Akan Dibuka & Beroperasi Di Forest City – MB Johor

Jelas MB Johor itu lagi, Agong juga telah bertitah bahawa baginda tidak akan membenarkan mana-mana…

2 days ago
  • Trending

Ramai Sokong Kelantan Miliki Paling Ramai Lelaki Kacak, Kedah Pula Kelakar

Menurut kebanyakan komen, lelaki Kelantan dilihat lebih kacak kerana kebanyakan mereka mempunyai kacukan darah Melayu-Siam.

2 days ago
  • Trending

“Ini Baru Cantik”- Ramai Puji Aisar Khaled Bantu Bersih & Cantikkan Rumah Warga Emas [Video]

Menerusi video berkenaan, kelihatan warga emas itu sangat teruja sebaik melihat rumahnya kembali cantik dan…

2 days ago
  • News
  • Trending

Lelaki Rempuh Kereta Kerana Berang Pasangan Kekasih Bertengkar

Menerusi video turut kelihatan kereta berwarna putih berkenaan meluru laju melanggar kenderaan berwarna hitam sebaik…

2 days ago