fbpx

Ruhainies Syukur Dapat Beli Kondo dan Kereta Mewah

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pelakon kecil molek Ruhainies kini sudah boleh tersenyum bangga apabila dua impiannya tercapai awal tahun ini selepas berkerja keras menjadi pelakon.

Menurut Ruhainies, 26, setelah hampir empat tahun berkecimpung dalam industri seni, akhirnya dia sudah mampu memiliki rumah dan kereta sendiri.

“Alhamdulillah, berkat usaha dan kerja keras, saya sudah mampu memiliki rumah dan kereta sendiri.

“Akhirnya penat lelah selama ini berbayar dan puas hati kerana dua impian ini memang sudah lama saya impikan sejak memulakan kerjaya sebagai anak seni,” katanya kepada mStar Online.

Ruhainies atau nama sebenar Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas ditemui semasa program majlis santai bersama anak-anak Rumah Amal Cahaya Kasih Bestari di Shah Alam, baru-baru ini.

Sementara itu, Ruhainies berkata, rumah jenis kondominium dan kereta Mercedes yang dibeli itu bukanlah untuk kegunaannya seorang diri.

Sebaliknya, kenderaan itu turut menjadi kegunaan keluarga dan berhasrat membawa kedua ibu-bapanya menetap bersama kelak.

“Saya beli rumah dan kereta ini bukan untuk saya guna seorang, tetapi untuk keluarga.

Ruhainies memang manja dengan ibu dan ayahnya
Ruhainies memang manja dengan ibu dan ayahnya

 

“Kalau dulu famili saya tinggal di Selayang, jadi selepas ini bolehlah mereka pindah ke rumah saya di Shah Alam.

“Rezeki yang saya dapat ini adalah atas doa ibu bapa, jadi mereka juga harus merasa apa yang saya perolehi ini,” katanya.

Ditanya tentang impian akan datang, pelakon drama Tak Ada Cinta Sepertimu ini enggan mendedahkannya buat masa ini.

Ujarnya, dia lebih selesa berbicara sesuatu jika sudah tercapai kerana tidak mahu netizen menganggap ia sekadar angan-angan kosong.

“Sejujurnya, saya ada beberapa impian lagi, tapi biarlah ia hanya menjadi rahsia. Saya tak berapa gemar berkongsi sesuatu perkara yang tidak pasti.

“Nanti orang mengata pula, cakap saja lebih, tapi tak ada pun. Jadi lebih baik kalau dah tercapai baru saya kongsi dengan peminat,” kata adik kepada pelakon Nur Risteena ini.

Sumber : Mstar

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.