fbpx
Now Reading
Fitnah Apa Sahaja, Neelofa Masih Tabah

Fitnah Apa Sahaja, Neelofa Masih Tabah

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sudah menjadi lumrah sebagai seorang selebriti pasti akan terpalit dengan gosip dan kontroversi. Awal tahun ini, nama pelakon dan pengacara cantik Neelofa sudah ditimpa satu demi satu kontroversi.

Siapa sangka, walaupun dikecam dan difitnah, usahawan berjaya ini terus berdiri ke hadapan dan buatkan dirinya lebih kuat.

“Saya gembira dengan diri sendiri, dengan kehidupan dan dengan apa yang ada. Apa pun yang telah terjadi, saya tahu kritikan tetap akan datang. Kekal positif dan kuat melawan itu semua.

“Saya belajar mengenali dengan lebih dalam siapa diri sendiri. Nilai hidup yang dimiliki, kekurangan dan kelebihan. Apa pun orang cakap, tak ada yang boleh mematahkan saya,” katanya kepada Utusan Online.

Satu demi satu anugerah dikecapi, Neelofa bukan calang-calang wanita untuk dinafikan kehebatannya. Namun menurutnya, dia bersyukur kerana sentiasa diberi peluang untuk belajar mengenali dirinya dan ada hikmah disebalik kejadian.

“Campaklah fitnah apa pun, kecaman apa pun, itu adalah peluang saya belajar kenali diri lagi. Saya bersyukur Allah datangkan ujian yang tersirat dengan hikmah yang maha besar,” katanya.

Sumber : Utusan Online

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.