Misteri Perempuan Berkebaya Merah Terjawab

PELAKON terkenal, Datin Paduka Umie Aida gembira dan tidak menjangka filem Dukun akhirnya ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 5 April ini.

Umie, 44, berkata, penantian selama 12 tahun akhirnya berbaloi meski sebelum ini beranggapan filem itu sudah tidak ada harapan untuk dipertontonkan kepada khalayak.

“Saya dimaklumkan filem ini bakal ditayangkan seminggu lalu. Sejujurnya, saya tidak menjangka sama sekali apatah lagi filem ini sebelumnya diharamkan tayangannya pada Disember 2006.

“Malah, sewaktu kecoh filem ini bocor di Internet bulan lalu, tidak ada sebarang maklumat mengatakan ia bakal ditayangkan. Lagi pula, apa yang berlaku daripada sikap tidak bertanggungjawab segelintir pihak,” katanya kepada Harian Metro.

Penayangan filem yang menjalani penggambaran pada 2006 itu sekali gus merungkai misteri perempuan kebaya merah yang tular baru-baru ini.

Dalam masa sama, Umie yang melakonkan watak Diana Dahlan iaitu dukun dalam filem itu menghargai usaha pihak penerbit, Astro Shaw yang berusaha bagi menastikan filem arahan Dain Said itu dapat ditayangkan.

Menurut Umie, dia berasa gementar menunggu maklum balas daripada penonton terutama membabitkan wataknya.

“Alhamdulillah, semua kerja keras pelakon dan kru berbaloi. Sekurang-kurangnya penonton boleh tengok usaha semua pihak dalam menghasilkan filem ini.

“Ia bukan kerja seorang dua, tapi semua yang terbabit. Sejujurnya, saya berasa gementar kerana selepas 12 tahun menunggu. Saya terima dengan terbuka setiap komen dan maklum balas diberikan.

“Ingin ditegaskan, kebanyakan babak dalam filem yang bocor sebelum ini tidak terdapat dalam filem yang bakal ditayangkan. Filem penuh dan sebenar dapat disaksikan Khamis ini,” katanya.

Dukun diadaptasi daripada kes pembunuhan berprofil tinggi yang membabitkan ahli politik Datuk Mazlan Idris dan Mona Fandey yang didakwa pengamal ilmu hitam.

Berikutan itu, Lembaga Penapisan Filem Negara (LPF) mengharamkan filem berkenaan kerana jalan ceritanya yang kontroversi serta menyinggung perasaan keluarga pihak terbabit.

Selain Umie, filem itu turut menampilkan pelakon hebat lain seperti Adlin Aman Ramli, Namron, Faizal Hussein, Bront Palarae, Nadiya Nisaa, Mislina Mustafa, Soffi Jikan, Hasnul Rahmat, Elyana dan ramai lagi.

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

Amanie Academy Perkenal 2 Platform AI Baru, Inovasi Baru Dalam Pendidikan & Kewangan Islam

Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…

2 days ago
  • Trending

“Besar Pahala Dia” – Tindakan Mutawif Gigih Pimpin Jemaah Buta Ke Depan Kaabah Raih Pujian [Video]

Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.

3 days ago
  • News
  • Trending

Tiada Kasino Akan Dibuka & Beroperasi Di Forest City – MB Johor

Jelas MB Johor itu lagi, Agong juga telah bertitah bahawa baginda tidak akan membenarkan mana-mana…

3 days ago
  • Trending

Ramai Sokong Kelantan Miliki Paling Ramai Lelaki Kacak, Kedah Pula Kelakar

Menurut kebanyakan komen, lelaki Kelantan dilihat lebih kacak kerana kebanyakan mereka mempunyai kacukan darah Melayu-Siam.

3 days ago
  • Trending

“Ini Baru Cantik”- Ramai Puji Aisar Khaled Bantu Bersih & Cantikkan Rumah Warga Emas [Video]

Menerusi video berkenaan, kelihatan warga emas itu sangat teruja sebaik melihat rumahnya kembali cantik dan…

3 days ago
  • News
  • Trending

Lelaki Rempuh Kereta Kerana Berang Pasangan Kekasih Bertengkar

Menerusi video turut kelihatan kereta berwarna putih berkenaan meluru laju melanggar kenderaan berwarna hitam sebaik…

3 days ago