fbpx
Now Reading
Ogy Jemput Fattah Amin Masuk Kelas Lakonan

Ogy Jemput Fattah Amin Masuk Kelas Lakonan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

PELAKON Fauziah Ahmad Daud atau mesra dipanggil Ogy menjemput Fattah Amin untuk memasuki kelas lakonan yang diadakan olehnya.

Menurut Ogy, dia mahu Fattah untuk mempelajari lebih banyak teknik berlakon supaya dapat memantapkan lagi lakonannya pada masa akan datang.

“Saya mahu Fattah Amin untuk datang ke kelas saya belajar lebih banyak ilmu daripada segi lakonan supaya dapat mempelbagaikan teknik penyampaian dalam lakonan.

“Rugi sekiranya dia tidak menggunakan peluang yang ada sekarang ini kerana namanya tengah popular.

“Apa yang saya lihat pelakon sekarang tidak tahu untuk bermain dengan emosi ketika berlakon.

“Mereka ini lebih pada menghafal skrip daripada penghayatan dalam setiap watak yang diberikan.

“Ini kerana mereka tidak faham situasi apa yang ingin dilakonkan jadi bagaimana mereka hendak faham emosi yang hendak disampaikan kepada penonton,” katanya kepada Astro Gempak.

Ogy berkata demikian ketika ditemui pada sidang media Sepetang Bersama Bonda Ratuku, di Hotel Premiera, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Persembahan istimewa bersempena sambutan Hari Ibu itu akan menggandingkan Liza Hanim dan Safura selain Fauziah Ahmad Daud sebagai pengacara.

Sepetang Bersama Bonda Ratuku akan berlangsung pada 1 Mei depan bertempat di Hotel Premiera, Kuala Lumpur bermula pukul 2.30 petang.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.