Krisdayanti Boleh Melihat Secara Normal

Penyanyi terkenal Indonesia Krisdayanti kini boleh melihat secara normal tanpa menggunakan cermin mata selepas menjalani pembedahan lasik di Singapura baru-baru ini.

Isteri kepada usahawan Raul Lemos itu membelanjakan sebanyak SGD6500 iaitu RM19,219 bagi pembedahan tersebut.

Seperti dipetik Kapan Lagi, penyanyi lagu Cobalah Untuk Setia yang terpaksa bergantung kepada cermin mata selama 32 tahun itu gembira dan menganggap ia sebagai hadiah ulang tahun perkahwinannya yang ke-7.

“Saya menjalani pembedahan di Singapura bukan bererti tidak menghargai doktor di Indonesia tapi atas cadangan seorang rakan di sana.

“Saya buat persiapan kurang sebulan dan Alhamdulillah prosesnya sangat cepat dan tidak menyakitkan,” ujarnya.

Pembedahan mata ‘Laserassisted in-situ keratomileusis’ atau lebih dikenali sebagai Lasik adalah prosedur membetulkan semula beberapa masalah penglihatan dan mengurangkan kebergantungan kepada penggunaan cermin mata atau kanta lekap.

Krisdayanti juga berkata, kos rawatan tersebut lebih murah dan berbaloi dengan hasil yang sangat memuaskan.

Dia mengakui kini sudah boleh melihat dan membaca dengan jelas tanpa bantuan cermin mata.

“Saya takut dengan pembedahan kerana suntik sahaja sudah sakit inikan pula pembedahan dilakukan dalam keadaan sedar,” ujarnya.

Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/hiburan/bintang-global/2018/04/12/krisdayanti-mata/#RKWZq817mL2DJ3XW.99

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

Amanie Academy Perkenal 2 Platform AI Baru, Inovasi Baru Dalam Pendidikan & Kewangan Islam

Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…

1 day ago
  • Trending

“Besar Pahala Dia” – Tindakan Mutawif Gigih Pimpin Jemaah Buta Ke Depan Kaabah Raih Pujian [Video]

Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.

1 day ago
  • News
  • Trending

Tiada Kasino Akan Dibuka & Beroperasi Di Forest City – MB Johor

Jelas MB Johor itu lagi, Agong juga telah bertitah bahawa baginda tidak akan membenarkan mana-mana…

1 day ago
  • Trending

Ramai Sokong Kelantan Miliki Paling Ramai Lelaki Kacak, Kedah Pula Kelakar

Menurut kebanyakan komen, lelaki Kelantan dilihat lebih kacak kerana kebanyakan mereka mempunyai kacukan darah Melayu-Siam.

1 day ago
  • Trending

“Ini Baru Cantik”- Ramai Puji Aisar Khaled Bantu Bersih & Cantikkan Rumah Warga Emas [Video]

Menerusi video berkenaan, kelihatan warga emas itu sangat teruja sebaik melihat rumahnya kembali cantik dan…

2 days ago
  • News
  • Trending

Lelaki Rempuh Kereta Kerana Berang Pasangan Kekasih Bertengkar

Menerusi video turut kelihatan kereta berwarna putih berkenaan meluru laju melanggar kenderaan berwarna hitam sebaik…

2 days ago