Watak Adiwira Muslim Pertama Oleh Marvel Akan Ke Layar Perak

Presiden Marvel Studios Kevin Feige memberitahu stesen berita United Kingdom, BBC, bahawa terdapat perancangan untuk membawa watak Ms. Marvel atau Kamala Khan ke layar perak.

Khan merupakan watak gadis berdarah Pakistan yang dilahirkan dan membesar di New Jersey, Amerika Syarikat, dan merupakan watak beragama Islam.

Feige dalam temu bual tersebut berkata: “Captain Marvel sedang dalam proses penggambaran bersama Brie Larson. Kami agak pasti bahawa kami akan membawa watak Ms. Marvel, iaitu salah seorang karakter dari komik, iaitu adiwira beragama Islam yang diinspirasikan dari watak Captain Marvel, ke peringkat lain. Kami mempunyai perancangan sendiri setelah memperkenalkan Captain Marvel kepada dunia.”

Gelaran Ms. Marvel telah diguna oleh watak-watak komik Marvel lain sebelum ini termasuk Captain Marvel sendiri iaitu Carol Denvers.

Ms. Marvel yang digunakan oleh watak Kamala Khan mempunyai keupayaan untuk mengubah bentuknya mengikut situasi.

Watak tersebut dicipta pengkarya buku komik terkenal seperti Sana Amanat, Stephen Walker, G. Willow Wilson dan Adrian Alphona.

Khan merupakan karakter buku komik Marvel beragama Islam pertama yang menjadi watak utama. Isu pertama komik Ms. Marvel bersama Khan memenangi anugerah ternama untuk karya fiksyen sains, Anugerah Hugo, untuk jalan cerita grafik terbaik pada 2015.

Sejurus pengumuman tersebut dibuat, rata-rata peminat turut bekongsi kegembiraan mengenai perancangan membawa watak adiwira beragama Islam pertama ke layar perak.

Ada dikalangan peminat yang mencadangkan nama artis Bollywood yang sudah mencipta nama di Hollywood seperti Priyanka Chopra untuk membintangi filem itu.

Filem Captain Marvel dijangka akan menemui peminat pada bulan Mac 2019.

Sumber : Awani

Recent Posts

  • Trending

“Well Behave”- Mat Salleh Puji Tingkah Laku Rakyat Malaysia Semasa Konsert Gig [Video]

Pasangan itu turut membezakan situasi ketika menonton konsert di UK dan juga Malaysia, di mana…

54 mins ago
  • Info
  • Trending

Suami Mandikan Jenazah Isteri, Batal Tak Wuduk? Ini Penjelasan UAI [Video]

Menurut Ustaz Azhar Idrus, suami atau isteri boleh mencium jenazah pasangannya yang sudah diwudukkan.

1 hour ago
  • Dunia
  • Trending

Wanita Di China Culik Budak Perempuan Usia 11 Tahun Untuk Jadi Calon Menantu

Kanak-kanak berkenaan diculik selepas pihak keluarga perempuan menolak lamaran keluarga lelaki.

2 hours ago
  • News
  • Trending

Apa Nak Buat Kalau Kena Serang Monyet Liar? Jangan Terus Lari, Ini Caranya [Video]

Menurut lelaki itu, tindakan pertama yang harus dilakukan adalah dengan memegang sesuatu barang di tangan…

5 hours ago
  • Trending

Tular Video Renjis Air Pada Kereta, Ini Penjelasan Mufti Wilayah

Jelas Mufti Wilayah Persekutuan, setiap umat Islam dituntut untuk berikhtiar menjaga diri, keluarga dan hartanya…

5 hours ago
  • News
  • Trending

Pemandu Warga Emas Langgar Lampu Merah Jadi Punca Kemalangan Motosikal & Kereta

Menurut KPD Seremban, kemalangan terbabit melibatkan mangsa penunggang motosikal berusia 44 tahun dan pemandu wanita…

6 hours ago