fbpx
Now Reading
Siti Sarah Selesa Bertudung

Siti Sarah Selesa Bertudung

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Mula mengenakan tudung sekitar Mei lalu, penyanyi, Siti Sarah Raissuddin, mengaku semakin selesa dengan imej terbarunya itu.

Masih dalam peringkat menyesuaikan diri dengan penampilan berhijab, Sarah, 34, bagaimanapun mengharapkan semua pihak dapat mendoakan supaya dirinya terus istiqamah dan ditetapkan hati untuk kekal bertudung.

“Sarah akui semakin selesa mengenakan tudung, walaupun agak kekok pada awalnya, terutama ketika mengadakan latihan nyanyian kerana Sarah menggunakan monitor telinga. Ada sedikit gangguan di situ.

“Bagaimanapun, selepas dibantu dengan pemakaian tudung yang sesuai oleh penata gaya, barulah Sarah berasa selesa.

“Apapun, Sarah masih lagi belajar dan mencuba untuk menjadi Muslimah lebih baik. Doakan Sarah kekal istiqamah,” katanya ketika ditemui selepas menjayakan persembahan, Siti Sarah Special Showcase, di sini.

Mengenai jenis tudung dirasakan sesuai untuk digayakan olehnya, penyanyi yang mula menempa populariti menerusi lagu Kesetiaan ini memberitahu, dia lebih gemar dengan imej turban.

Sumber : BH Online

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.