fbpx
Now Reading
Ruhainies Selalu Terima Bunga Daripada Seorang Pemain JDT

Ruhainies Selalu Terima Bunga Daripada Seorang Pemain JDT

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Penyerang bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) iaitu Safawi Rashid mengakui sedang berkawan dengan pelakon popular, Ruhainies.

Bagaimanapun, pemain kebangsaan berusia 21 tahun itu menafikan mereka mempunyai hubungan serius atau pada fasa bercinta.

“Ya memang ada berkawan dengannya, tetapi tidak lebih daripada kawan biasa.

“Saya berkawan dengan semua orang,” jelasnya enggan mengulas lebih lanjut mengenai perkara tersebut.

Dia mengulas kenyataan Ruhainies di sebuah akhbar yang mendakwa sedang berkawan dengannya.

Ruhainies atau Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 26, berkata kesungguhan jejaka itu membuatkan dia terbuka hati untuk berkenalan.

Aktres itu juga mengakui sering menerima jambangan bunga daripada Safawi.

Dalam pada itu, Safawi berkata, dia belum bersedia untuk memulakan perhubungan serius memandangkan lebih fokus kepada kariernya sebagai pemain bola sepak profesional.

“Sudah biasa dengan gosip seperti itu, saya tenang sahaja,” ujarnya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Safawi yang merakam sebelas jaringan musim ini amat gembira dengan prestasi semasanya.

“Alhamdullilah tahun ini saya banyak minit beraksi, tetapi itu bukan bermakna sudah berpuas hati memandangkan banyak lagi kelemahan yang perlu diperbaiki.

“Dalam masa saya bersyukur kerana pasukan saya JDT sekali lagi dinobatkan juara Liga Super musim ini, buat kali kelima berturut-turut,” tambah pemain kelahiran Terengganu ini.

Pemain muda itu dikaitan dengan artis tanah air bukan perkara baharu memandangkan sebelum ini di turut digosipkan dengan Wanie Kayrie.

Sumber : Mstar 

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.