Bridal Shower Nelydia Senrose Bukan Ikut Budaya Barat

Pelakon Nelydia Senrose menegaskan majlis ‘bridal shower’ yang diadakan kelmarin bukan mengikut budaya barat seperti diperkatakan warganet.

Nelydia berkata, majlis itu diadakan sebagai pertemuan untuk memaklumkan berita gembira perkahwinannya dengan jejaka dikenali sebagai Hafiz.

BACA : Bridal Shower Nelydia Senrose Disambut Meriah Bersama Teman Rapat

“Ini majlis pertemuan biasa. Saya aturkan untuk memberitahu secara rasmi akan berkahwin tidak lama lagi kepada jemputan yang terdiri daripada adik-beradik dan rakan perempuan saja.

“Pada majlis itu saya buat sedikit permainan dan pemenangnya dapat hadiah. Dalam masa sama, saya nak berkongsi momen gembira ini dengan mereka.

“Lagipun ini saja masa yang sesuai untuk kami berjumpa sebab saya sangat sibuk dengan kerjaya dan urusan perkahwinan,” katanya kepada Harian Metro.

Ditanya mengenai tindakannya membaling bunga kepada tetamu yang hadir, Nelydia menganggap ia sebahagian daripada permainan.

NELYDIA ketika di majlis ‘bridal showe’. FOTO/NELYDIASENROSE

“Saya buat sekadar suka-suka. Tidak membawa maksud apa-apa pun,” katanya.

Bercerita mengenai perkahwinannya itu, Nelydia mengesahkan bakal berkahwin dalam masa terdekat.

Bagaimanapun, dia belum bersedia untuk berkongsi butiran lanjut mengenai majlis pernikahannya itu.

“Ya, majlis kahwin dah nak dekat. Doakan semuanya dipermudahkan dan segala urasan berjalan lancar.

“Saya berharap semua pihak menghormati keputusan untuk tidak bercerita lanjut. Sebagai pihak perempuan kurang manis untuk saya terlalu bercerita.

“Apa saya boleh katakan doakan yang baik-baik saja. Nanti saya akan kongsikan juga apabila sudah sampai waktu,” katanya.

Sumber : Harian Metro

Recent Posts

  • News
  • Trending

Apa Nak Buat Kalau Kena Serang Monyet Liar? Jangan Terus Lari, Ini Caranya [Video]

Menurut lelaki itu, tindakan pertama yang harus dilakukan adalah dengan memegang sesuatu barang di tangan…

39 mins ago
  • Trending

Tular Video Renjis Air Pada Kereta, Ini Penjelasan Mufti Wilayah

Jelas Mufti Wilayah Persekutuan, setiap umat Islam dituntut untuk berikhtiar menjaga diri, keluarga dan hartanya…

43 mins ago
  • News
  • Trending

Pemandu Warga Emas Langgar Lampu Merah Jadi Punca Kemalangan Motosikal & Kereta

Menurut KPD Seremban, kemalangan terbabit melibatkan mangsa penunggang motosikal berusia 44 tahun dan pemandu wanita…

2 hours ago
  • Trending

Perodua Ativa Kantoi Ikut Belakang Peronda Polis Untuk Elak Trafik [Video]

Menerusi video, turut kelihatan Perodua Ativa itu mengekori kereta peronda sewaktu jalan sesak sebelum ditegur…

3 hours ago
  • Trending

“Harap Ayah Happy” – Bapa Terharu Si Anak Hadiahkan Motosikal Jenis Honda Vario [Video]

Menerusi video tersebut, meskipun gembira menerima hadiah namun masih kelihatan si bapa seperti bimbang pemberian…

2 days ago
  • Trending

Lelaki Dakwa Puluhan Kereta Tersadai Di Highway Karak, Gara-gara Paku Atas Jalan [Video]

Dalam satu lagi video berasingan yang dikongsikan Mohd Faiz, dia mendakwa bahawa kesemua kereta tersebut…

2 days ago