Unit Pantau Hina Islam, Nabi SAW Ditubuhkan

Unit Pemantauan Isu Hina Islam ditubuhkan bagi memantau penulisan atau provokasi bersifat menghina Nabi Muhammad SAW serta agama Islam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berkata, penubuhan unit yang memantau tindak-tanduk pihak tidak bertanggungjawab itu berikutan berlaku kes menghina Nabi Muhammad SAW dan perbuatan mempersenda agama Islam.

Katanya, inisiatif menubuhkan unit yang diselia oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) itu akan melakukan pemantauan membabitkan semua platform media termasuk media sosial.

“Saya juga sudah meminta unit pemantau ini menerima sebarang aduan berkaitan penghinaan Nabi Muhammad SAW dan agama Islam, seterusnya dengan segera membuat laporan polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat atau aduan, sila WhatsApp segera ke talian hotline 010 3005260 atau emelkan kepada aduan@islam.gov.my,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, beliau berharap semua pihak dapat berganding bahu bagi menjaga dan mengekalkan keharmonian negara.

“Saya percaya, pihak berkuasa sudah melakukan tindakan sewajarnya untuk menangani isu ini. Di pihak saya Menteri Agama sama sekali tidak akan berkompromi dengan perbuatan menghina Nabi Muhammad SAW serta agama Islam.

“Negara kita mempunyai undang-undang, pihak yang bersalah mesti dijatuhkan hukuman setimpal,” katanya.

Sumber : Harian Metro

Recent Posts

  • Trending

Haramkan Syarikat Bersubahat Dalam Genosid Gaza Daripada NATSEC Asia 2024 – NGO Malaysia

Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan NATSEC 2024 dijadualkan berlangsung di di Pusat Pameran dan…

11 hours ago
  • News
  • Trending

Tak Mampu Ganti Pemadam Kawan, Kanak-Kanak Umur 10 Tahun Tawar Seks Untuk Bayar Hutang

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, kes itu bagaimanapun tidak difailkan memandangkan ia disifatkan…

12 hours ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

The Exchange TRX perkenal TRX Eats, Makan Sambil Berhibur Sepanjang Bulan Mei Ini!

TRX Eats adalah perayaan kepelbagaian kuliner dan kehidupan sosial yang mencerminkan semangat The Exchange TRX.

13 hours ago
  • News
  • Trending

Kedudukan Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Salah Kementerian Sepenuhnya – Fahmi Fadzil

Menurut Fahmi Fadzil, undang-undang di bawah kementerian berbeza turut dilihat mempengaruhi laporan yang dikeluarkan oleh…

14 hours ago
  • Trending

BJAK Tak Pernah Dapat Kelulusan Jalankan Perkhidmatan ‘Renew’ Cukai Jalan – JPJ

Menurut JPJ, tiada intergrasi sistem di antara sistem JPJ (MySIKAP) dengan sistem yang digunakan oleh…

15 hours ago
  • Trending

Peniaga Apam Balik Jadi Bidan Terjun, Baca Doa Di Kenduri Kahwin Buat Ramai Kagum [Video]

Apa yang menjadi perhatian adalah bacaan doa pemuda berkenaan yang lancar, penuh dengan lenggok dan…

16 hours ago