[GAMBAR] Sekali Lafaz, Nelydia Senrose dan Mohd Hafez Selamat Diijabkabulkan

Pelakon Nelydia Senrose hari ini sah bergelar isteri kepada seorang ahli perniagaan, Mohd Hafez Halimi Abdul Hamid dengan sekali lafaz dalam satu majlis pernikahan yang berlangsung di sebuah hotel terkemuka, Kuala Lumpur.

Dalam majlis yang dihadiri oleh ahli keluarga dan kenalan terdekat itu, Nelydia dan Hafez ditunangkan sebagai memenuhi syarat.

Pada majlis tersebut, Mohd Hafez menyerahkan mas kahwin berjumlah RM10,000 bersama sembilan dulang hantaran berbalas 11, manakala wang hantaran dirahsiakan jumlahnya.

Dalam pada itu, Nelydia meluahkan rasa syukur segala urusan untuk menuju ke alam perkahwinan berjalan lancar dan dipermudahkan. Ujarnya lagi, dia merancang untuk mendirikan rumah tangga pada tahun lalu, namun ada sahaja halangan.

“Alhamdulillah, impian, niat dan hajat yang saya simpan selama ini dipermudahkan. Allah memakbulkan doa saya ketika di Tanah Suci Makkah, termasuk dalam soal jodoh. Semoga permulaan fasa baharu ini akan terus mematangkan saya dan suami, insya-Allah.

“Asalnya, kami merancang untuk berkahwin pada tahun lalu. Begitupun, ada sahaja kekangan yang menghalang hasrat itu.

“Namun, di sebalik ujian dan halangan, saya serta suami melaluinya dengan baik. Sekembali daripada mengerjakan umrah, 5 Januari lalu, saya dan Hafez memutuskan untuk ke gerbang perkahwinan dan kami terus memulakan persiapan,” katanya kepada BH Online.

Berkongsikan detik perkenalannya dengan suami, Nelydia memberitahu mereka pertama kali bertemu pada 6 April 2017 dan setahun kemudian Hafez melamarnya di Amsterdam, Belanda.

Difahamkan, pasangan ini bakal diraikan dalam majlis resepsi yang akan berlangsung di lokasi sama esok, manakala sebuah lagi majlis keraian akan diadakan di Kelantan pada Aidilfitri nanti.

 

Sumber : BH Online, Instagram

Recent Posts

  • Trending

Haramkan Syarikat Bersubahat Dalam Genosid Gaza Daripada NATSEC Asia 2024 – NGO Malaysia

Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan NATSEC 2024 dijadualkan berlangsung di di Pusat Pameran dan…

12 hours ago
  • News
  • Trending

Tak Mampu Ganti Pemadam Kawan, Kanak-Kanak Umur 10 Tahun Tawar Seks Untuk Bayar Hutang

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, kes itu bagaimanapun tidak difailkan memandangkan ia disifatkan…

13 hours ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

The Exchange TRX perkenal TRX Eats, Makan Sambil Berhibur Sepanjang Bulan Mei Ini!

TRX Eats adalah perayaan kepelbagaian kuliner dan kehidupan sosial yang mencerminkan semangat The Exchange TRX.

14 hours ago
  • News
  • Trending

Kedudukan Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Salah Kementerian Sepenuhnya – Fahmi Fadzil

Menurut Fahmi Fadzil, undang-undang di bawah kementerian berbeza turut dilihat mempengaruhi laporan yang dikeluarkan oleh…

14 hours ago
  • Trending

BJAK Tak Pernah Dapat Kelulusan Jalankan Perkhidmatan ‘Renew’ Cukai Jalan – JPJ

Menurut JPJ, tiada intergrasi sistem di antara sistem JPJ (MySIKAP) dengan sistem yang digunakan oleh…

16 hours ago
  • Trending

Peniaga Apam Balik Jadi Bidan Terjun, Baca Doa Di Kenduri Kahwin Buat Ramai Kagum [Video]

Apa yang menjadi perhatian adalah bacaan doa pemuda berkenaan yang lancar, penuh dengan lenggok dan…

17 hours ago