fbpx
Now Reading
Peminat Tarik As’ad Motawh Sehingga Jatuh Pentas dan Cedera?

Peminat Tarik As’ad Motawh Sehingga Jatuh Pentas dan Cedera?

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

[video src="https://www.instagram.com/p/Bv9B0sggUon/"]

Pada satu entri di Instagram beliau, As’ad Motawh memuat naik satu video ketika membuat persembahan di Sabah.

I nearly died… no need to worry, im totally fine! A few bruises wont kill me. Thank you SABAH!” tulis As’ad sebagai caption video tersebut.

Walaupun mengatakan dia ditarik, tetapi segelintir netizen yang melihat video tersebut menuduh As’ad sengaja menjatuhkan dirinya pada sekelompok peminat yang datang.

“Patah tangan tak bro… Macam hanat je time jatuh… tak real bro sorry,” tulis seorang netizen pada ruangan komen.

“Apa benda eh? Nampak macam kau jatuh sendiri,” tulis seorang lagi netizen dan turut dipersetujui oleh beberapa yang lain.

“Macam dah planning dengan cameraman tu je kan,” komen netizen lagi.

Namun ibu kepada penyanyi tersebut, Dato’ Yustita turut meninggalkan komen untuk anaknya itu.

“OMG… Someone was holding your hand so tight, and you couldn’t let it free, am I right?

“I can see it by the way you bend yourself forward. It was a wrong move however… kan jatuh juga,” tulis ibu kepada As’ad.

Dia juga turut berpesan kepada anaknya itu supaya berhati-hati dilain kali dan mengutamakan keselamatan terlebih dahulu.

Kredit Gambar: Instagram

© 2021 BuzzKini. All Rights Reserved.