“Jika Bukan Kerana Mizz Nina Hidup Saya Mungkin Lebih Teruk” – Noh Salleh

Dalam ramai-ramai pasangan selebriti, Noh Salleh dan Mizz Nina antara yang menjadi perhatian apatah lagi selepas penghijrahan Mizz Nina, ramai menyimpan rasa kagum terhadap pasangan ini yang sentiasa ‘low profile’.

Ramai yang mengetahui tentang kisah hijrah Mizz Nina, namun ramai yang tidak tahu mengenai penghijrahan Noh, vokalis kumpulan Hujan yang kini aktif dalam misi kemanusiaan. Menerusi satu perkongsian video, Noh mengakui dahulu disebabkan muzik, dia kurang meluangkan masa bersama keluarga.

“Saya rasa kehilangan masa bersama keluarga disebabkan muzik dulu. Jadi sekarang ni dah bahagikan masa muzik 20 hingga 30 peratus sahaja. Selebihnya adalah untuk santai dengan keluarga.

“Lepas kahwin baru perasan, saya kena slow down untuk muzik yang banyak show sana sini dan rasa baik habiskan masa dengan keluarga, bersedekahn dan sebagainya,” kata Noh.

Dalam pada itu, Noh mendedahkan ramai menyangka bahawa dia yang mengubah isterinya tetapi sebenarnya Mizz Nina yang membimbing hidupnya untuk ke arah yang lebih baik. Katanya lagi, jika bukan kerana isterinya itu hidupnya mungkin lebih teruk.

“Saya kahwin dengan Nina saya dah percaya dia 100 peratus yang dia akan buat sesuatu yang baik.

“Dia yang bimbing saya. Selama ni orang percaya saya berjaya mengubah Nina, jawapannya tidak! Sebenarnya dialah yang mengubah saya. Kalau dia tak ada mungkin saya lebih teruk. Hisap dadah dan sebagainya,” kataya lagi.

Untuk rekod, Mizz Nina dan Noh mendirikan rumah tangga mendirikan rumah tangga pada 1 Julai 2011.

    • Sumber :

 MEDIA HIBURAN

Recent Posts

  • Trending

“Rock Habis”- Mak Cik Curi Perhatian Nyanyi Lagu Scorpions ‘Still Loving You’ Di Majlis Kenduri Kahwin [Video]

Menerusi video tersebut, kelihatan mak cik berkenaan turut meninggikan suaranya dengan tenang ketika nyanyi di…

15 hours ago
  • Trending

Kes Gandar Omoda 5 Tercabut, Kereta Sudah Dibawa Ke Pusat Servis Untuk Pemeriksaan Menyeluruh – Cherry

Menurut Chery Auto Malaysia, kenderaan wanita berkenaan telah dibawa ke pusat servis untuk pemeriksaan dan…

15 hours ago
  • News
  • Trending

“Mahu Berkhidmat Untuk Negara” – Chan Min Youn Satu-Satunya Penuntut Cina Tamat Kursus Komando GGK 2024

Apabila ditanya oleh Mejar Jeneral Adi apakah yang menyebabkan dia menyertai tentera, Leftenan Muda Chan…

15 hours ago
  • News
  • Trending

Cedera selepas Terlanggar Jalan Berlubang, Penunggang Motosikal Menang Saman & Dapat Ganti Rugi RM721,000

Mahkamah menganugerahkan mangsa iaitu Razali sebanyak RM352,947.33 bagi ganti rugi khas dan RM368,000 untuk ganti…

15 hours ago
  • Info
  • Trending

‘Kaki Ride’ Boleh Solat Kalau Tak Yakin Dari Mana Datang Kotoran Pada Pakaian – Ustaz Wadi Annuar [Video]

Ustaz Wadi Annuar menjelaskan bahawa kekotoran seperti lumpur yang terkena pada pakaian bukanlah dianggap sebagai…

16 hours ago
  • Trending

Pemilik Restoran Di Langkawi Terkejut Pelanggan Datang Makan Naik Helikopter [Video]

Menerusi video tersebut, turut kelihatan pemilik restoran berkenaan berkesempatan untuk bergambar dengan pelanggan yang datang…

17 hours ago