fbpx
Now Reading
Dia Ingat Kelakar Agaknya – Nabil Ahmad Isu ‘Prank’ Kereta Kena Double-Park

Dia Ingat Kelakar Agaknya – Nabil Ahmad Isu ‘Prank’ Kereta Kena Double-Park

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/p/B0lRvGQByX-/https://www.instagram.com/p/B0lV_UtBNgI/

Nabil Ahmad baru-baru ini menerusi akaun Instagramnya telah berkongsi satu klip video mengenai kenderaan nya yang gagal keluar dari petak parking gara-gara terhalang oleh sebuah kenderaan Honda jenis SUV yang diparkir secara double park di belakang beliau.

Klip berkenaan yang dirakam oleh isterinya, Nazirah Ayub melihatkan pelawak dan Hos terkenal itu menekan hon berkali- kali dengan harapan pemilik kenderaan tersebut akan muncul dan mengalihkan kenderaan beliau.

Nazirah,yang dilihat bergerak ke kenderaan terbabit bagi mendapatkan no pemilik kenderaan berkenaan bagaimanapin menemui nota yang tertulis  “Telefon no? Lu pikir sendiri!”

Dalam kepala kami  “mesti prank!” Nabil yang kelihatan tertekan bagaimanapun merasakan ini bukan satu perkata yang melucukan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut tidak gemar dan tidak bersetuju dengan ‘prank’ tersebut.


“Ko langgar je dia, pastu tingal note kat kereta dia ‘siapa langgar? Lu pikir sendiri” – Rhys Wiliam, Blogger Terkenal

“Kene buatnya orang ada emergency kes, tak ke menyusahkan. Ada jugak manusia macam ni. Moga tayar kereta dia pancit” – @cikgilis.kunyitmadu

“That is so rude of someone to block another person’s car and leave such a note” – @i.am.mrsaidi

Namun klip video yang seterusnya  Nabil dan Zira dilihat ketawa selepas baru menyedari yang kereta tersebut sebenarnya diletakkan dalam gear neutral dan dalam kondisi yang boleh diubah . Itu pun selepas isterinya meminta selebriti berkenaan untuk cuba menolak kendereaan tersebut. Siapa yang nak cuba tolak kalau da ada nota tulis yang sedemikian bukan? Haha!

Nabil lantas menolak kenderaan tersebut beberapa tapak ke belakang bagi memberi ruang  untuk kenderaan miliknya mengundur keluar.

P/S : Di hujung video Zira merasakan yang suaminya terkena prank . Kalau dikenakan prank mana empunya kereta nya, atau mana prankster nya? Nanti kita lihat mana tau ada keluar dalam mana-mana rancangan TV.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.