fbpx
Now Reading
“Ready Or Not” Filem Horror dan Thriller Yang Wajib Anda Tonton

“Ready Or Not” Filem Horror dan Thriller Yang Wajib Anda Tonton

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Anda penggemar filem bergenre seram , misteri dan thriller? Jika ya, anda wajib menonton filem Ready or Not keluaran Walt Disney yang telah diarahkan oleh Matt Bettinelli-Olpin dan Tyler Gillett.

Barisan pelakon hebat yang terdiri dari Samara Weaving, Adam Brody, Mark O’Brien, Henry Czerny dan Andie MacDowell  sememangnya berjaya menghidupkan jalan cerita filem seram ini. Tidak lupa juga kepada muzik dan efek hebat yang membuatkan adrenalin anda bagai nak meletup semasa menontonnya.

Sediakan popcorn yang secukupnya kerana filem yang berdurasi 96 minit ini akan membuatkan anda tidak sanggup meninggalkan kerusi walaupun perlu ke tandas. Haha.. Tau-tau je filem dah habis.

Dengar pon macam menarikkan? Mana taknya, pertengahan cerita penuh dengan aksi thriller yang tiada henti membuatkan kita teruja menonton. Adegan romantik ? Lupakan ! Sememang nya tidak diperlukan untuk genre sebegini

Filem ini  yang mengisahkan seorang wanita, Grace ( Samara Weaving) yang baru sahaja berkahwin dengan kekasihnya, Alex Le Domas. 

Dan bagi meraikannya, mereka harus bermain satu permainan kad yang sudah menjadi amalan tradisi keluarga Le Domas . Permainan yang mewajibkan semua ahli keluarga untuk turut serta dengan syarat utamanya, iaitu orang baru dalam keluarga harus bertahan dari mula permainan; tepat 12 malam hingga ke subuh  esok harinya. Wow macam satu upacara lah kalau diringkaskan.

Disinilah bermulanya aksi suspen thriller yang tiada henti apabila si isteri mendapat kad permainan hide and seek. Dengan tidak mengetahui bahawa permainan itu mempunyai sejarah dan agenda sendiri yang sememangnya mengerikan, si isteri terpaksa menurut dan cuba berlagak seperti biasa.

Apa yang terjadi seterusnya? Adakah ahli keluarga baru itu berjaya bertahan sehingga ke subuh harinya ? Hehe anda tonton sendiri!

Kat bawah ni kami kongsikan trailer nya untuk anda :

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.