“Dia Ni Bukan Dah Pakai Tudung Ke?”-Jihan Muse Tampil Perjelaskan Tidak Bertudung dalam Iklan Terbaru

Industri hiburan sebelum ini digemparkan dengan beberapa selebriti yang sudah berhihab namun akhirnya kecundang di separuh jalan seperti Emma Maembong, Uqasha, Fathia Latif dan terbaru Zarina Anjoulie.

Bagaimanapun yang menarik perhatian adalah Jihan Muse, yang baru sahaja berhijrah pada awal tahun ini apabila namanya tiba-tiba menjadi sebutan gara-gara sebuah iklan di Televisyen yang memaparkan pengacara dan pelawak terkenal ini tampil tidak bertudung.

Iklan yang menjadi tanda tanya orang ramai. Foto: Youtube

Ini menyebabkan segelintir netizen kehairanan dan mepertikaikan penampilah Jihan dan bertanya adakah dia juga turut kecundang?

Namun tak lama kemudiannya, Jihan Muse tampil memberikan kenyataan di akaun Twitter miliknya bagi memperjelaskan isu terbabit.

Menurut Jihan ,  penggambaran iklan tersebut dilakukan semasa dia masih lagi dalam keadaan ‘freehair’ dan sedang hamil mengandungkan anaknya Arsalan di fasa trimester pertama.

“Iklan myfreeview tu shoot time mengandungkan Arsalan tiga bulan, tengah mabuk teruk time tu. Shoot one take , baring one take shoot one take muntah one take” tulisnya lagi

Mengulas lanjut, Jihan sendiri turut mengakui tidak tahu kenapa iklan tersebut baru dikeluarkan sekarang.

“Tapi tak tahulah kenapa baru keluar sekarang. Ini jawapan untuk persoalan “dia ni bukan dah pakai tudung ke?”

Penerangan yang ringkas tapi cukup untuk memperjelaskan apa sebenarnya yang terjadi. Sebagai rekod Jihan mula tampil megenakan hijab  pada awal tahun ini.

Tahniah Jihan, anda menjawab tanpa sedikitpun melatah. = )

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

Amanie Academy Perkenal 2 Platform AI Baru, Inovasi Baru Dalam Pendidikan & Kewangan Islam

Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…

1 day ago
  • Trending

“Besar Pahala Dia” – Tindakan Mutawif Gigih Pimpin Jemaah Buta Ke Depan Kaabah Raih Pujian [Video]

Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.

2 days ago
  • News
  • Trending

Tiada Kasino Akan Dibuka & Beroperasi Di Forest City – MB Johor

Jelas MB Johor itu lagi, Agong juga telah bertitah bahawa baginda tidak akan membenarkan mana-mana…

2 days ago
  • Trending

Ramai Sokong Kelantan Miliki Paling Ramai Lelaki Kacak, Kedah Pula Kelakar

Menurut kebanyakan komen, lelaki Kelantan dilihat lebih kacak kerana kebanyakan mereka mempunyai kacukan darah Melayu-Siam.

2 days ago
  • Trending

“Ini Baru Cantik”- Ramai Puji Aisar Khaled Bantu Bersih & Cantikkan Rumah Warga Emas [Video]

Menerusi video berkenaan, kelihatan warga emas itu sangat teruja sebaik melihat rumahnya kembali cantik dan…

2 days ago
  • News
  • Trending

Lelaki Rempuh Kereta Kerana Berang Pasangan Kekasih Bertengkar

Menerusi video turut kelihatan kereta berwarna putih berkenaan meluru laju melanggar kenderaan berwarna hitam sebaik…

2 days ago