Tunang Luah Rasa Kecewa Intan Najuwa Tak Hormat Dirinya?

Nama Intan Najuwa kerap menjadi perbualan peminat dan netizen sejak kebelakangan ini. Jika tempoh hari heboh di media sosial gambar Intan didukung oleh pelakon Idris Khan, kini Intan sekali lagi di kecam hebat apabila tular gambarnya berpelukan dengan Zul Ariffin pula di atas kapal.

Walaupun tampil memberikan penjelasan bahawa gambar tersebut dimuat naik hanya untuk mempromosikan drama terbarunya yang bakal ditayangkan, kenyataan gadis berkenaan seakan gagal meredakan ketidakpuasan hati para netizen.

Baca artikel berkaitan : Saya tidak mudah dipegang, kami masih punya had

Terbaru, tunang Intan Najuwa iaitu usahawan Razrul Anwar Rosli turut menjadi perhatian ramai, kerana dilihat memuat naik status di IG Storynya yang seakan-akan meluahkan isi hatinya

Dipetik dari RotiKaya, Posting tersebut seperti merujuk kepada kontroversi yang sedang melanda pelakon wanita berkenaan yang kelihatan seperti tidak menghormati dirinya sebagai tunang.  Malahan Razrul turut menulis bahawa cinta tanpa rasa hormat tidak akan bertahan lama sedangkan rasa hormat mampu merubah menjadi cinta yang akan mekar selama-lamanya.

Pasangan ini telah melansungkan pertunangan mereka pada 18 Ogos 2019 lalu.

Kami mengharapkan hubungan pasangan yang baru sahaja bertunang pada Ogos lalu ini sentiasa baik-baik sahaja. Malah Intan sendiri pernah menyatakan apa yang dilakukannya sudah mendapat persetujuan dari pihak keluarga dan juga tunangnya.

Satu perkara yang positif tentang hubungan mereka adalah perbezaan jarak umur diantara kedua mereka yang mungkin dapat dijadikan satu kelebihan berbanding pasangan lain memandangkan Razrul jauh lebih matang dan dilihat mampu membimbing Intan dalam mengharungi kehidupan sebagai seorang selebriti yang bukan sahaja diminati malah disegani masyarakat.

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

Amanie Academy Perkenal 2 Platform AI Baru, Inovasi Baru Dalam Pendidikan & Kewangan Islam

Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…

16 hours ago
  • Trending

“Besar Pahala Dia” – Tindakan Mutawif Gigih Pimpin Jemaah Buta Ke Depan Kaabah Raih Pujian [Video]

Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.

1 day ago
  • News
  • Trending

Tiada Kasino Akan Dibuka & Beroperasi Di Forest City – MB Johor

Jelas MB Johor itu lagi, Agong juga telah bertitah bahawa baginda tidak akan membenarkan mana-mana…

1 day ago
  • Trending

Ramai Sokong Kelantan Miliki Paling Ramai Lelaki Kacak, Kedah Pula Kelakar

Menurut kebanyakan komen, lelaki Kelantan dilihat lebih kacak kerana kebanyakan mereka mempunyai kacukan darah Melayu-Siam.

1 day ago
  • Trending

“Ini Baru Cantik”- Ramai Puji Aisar Khaled Bantu Bersih & Cantikkan Rumah Warga Emas [Video]

Menerusi video berkenaan, kelihatan warga emas itu sangat teruja sebaik melihat rumahnya kembali cantik dan…

1 day ago
  • News
  • Trending

Lelaki Rempuh Kereta Kerana Berang Pasangan Kekasih Bertengkar

Menerusi video turut kelihatan kereta berwarna putih berkenaan meluru laju melanggar kenderaan berwarna hitam sebaik…

1 day ago