“Kalau Kerajaan Tapis Netflix, Saya Akan Baring Depan Finas” – Sharifah Sakinah

Kecoh media sosial apabila CEO Finas, Ahmad Idham mengeluarkan kenyataan menggesa kerajaan agar menapis kandungan platform penstriman video, Netflix. Cadangannya  bagaimapun menimbulkan rasa tidak puas hati orang ramai.

Ianya turut dirasai oleh pelakon Sharifah Sakinah yang menyifatkan ianya tidak adil kerana Netflix sendiri ada menyediakan tetapan pilihan untuk ibu bapa menyekat kandungan yang dianggap tidak bersesuaian untuk kanak-kanak.

“Hari ini, CEO Finas memberi cadangan kepada kerajaan agar menapis kandungan Netflix dimana saya sangat tidak bersetuju. Ya, ada kandungan yang mungkin tidak sesuai untuk kanak-kanak tapi kita boleh guna PIN keselamatan.

“Untuk ibu bapa yang risau dengan aplikasi ini, kamu boleh tetapkan kata laluan untuk elakkan anak-anak menonton atau lebih senang jangan langgan,” tulisnya.

Sakinah turut berkongsikan video cara-cara untuk menetapkan ‘parental control’ pada akaun netflix bagi mengelakkan anak-anak dari menonton rancangan yang tidak sepatutnya.

Dia juga dalam masa sama seolah menyindir Ahmad Idham apabila mengimbau kembali drama Cindrella  yang pernah popular satu ketika dahulu dimana terdapat babak pegang-pegang tidak bertapis di televisyen.

“Jangan kacau Netiflix, Kalau kerajaan nak sekat atau tapis Netflix, saya akan baring depan Finas dengan kawan ramai-ramai, boleh singgah zoo negara sekali. Ini tidak adil dan macam-mana aplikasi lain seperti Wechat dan YouTube?

“Untuk CEO Finas, saya sangat rindu drama lama awak seperti Cinderella yang memberi inspirasi untuk saya menjadi pelakon. Siapa boleh lupa babak romance dan pegang-pegang, menari-menari yang saya tengok semasa kecil yang tidak bertapis di televisyen,” ujarnya.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Anjing Kejar Budak Hingga Nyaris Digilis Berjaya Ditangkap MPM, Rupanya Haiwan Bertuan

Menurut pihak Majlis Perbandaran Manjung (MPM), anjing yang mengejar kanak-kanak berkenaan mempunyai permit dari MPM…

3 hours ago
  • Trending

“Misi Cari Makan Free” – Lelaki Didakwa Main Terjah Majlis Kenduri Kahwin Tanpa Dijemput [Video]

Tindakan dua lelaki berkenaan yang didakwa melakukan 'wedding crash' telah mengundang kecaman ramai.

3 hours ago
  • Dunia
  • Trending

Pelancong Tak Patuh Peraturan, Lokasi Cantik Ambil Gambar Gunung Fuji Bakal Ditutup Dengan Penghadang

Jaring penghadang berukuran setinggi lapan kaki (2.5 meter) dan 66 kaki lebar (20 meter) di…

5 hours ago
  • Trending

Pelanggan Terkejut Ada Katak Dalam Lemang [Video]

Menerusi video, pelanggan kelihatan seperti tidak mempercayai terdapat bangkai katak di dalam lemang yang baru…

5 hours ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

Amanie Academy Perkenal 2 Platform AI Baru, Inovasi Baru Dalam Pendidikan & Kewangan Islam

Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…

2 days ago
  • Trending

“Besar Pahala Dia” – Tindakan Mutawif Gigih Pimpin Jemaah Buta Ke Depan Kaabah Raih Pujian [Video]

Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.

3 days ago