2 Budak Tercampak Keluar Kereta Sewaktu Kemalangan, Ini Sebab Pentingnya Pakai Tali Pinggang Belakang

Tular di laman sosial sejak ahad lalu video dua kanak-kanak tercampak keluar daripada kereta yang mereka naiki selepas kenderaan tersebut dilanggar oleh sebuah kenderaan lain yang hilang kawalan

Video berdurasi 36 saat yang dikongsikan seorang pengguna Facebook, Aman Shah  memperlihatkan sebuah kereta jenis Proton Waja berwarna merah yang berada di lorong kanan lebuhraya tiba-tiba gagal dikawal difahamkan kerana tayar keretanya yang pecah.

Kenderaan itu kemudiannya terbabas ke lorong di sebelah kirinya sebelum merempuh sebuah kereta berwarna hitam yang berada di lorong berkenaan. Impak yang kuat menyebabkan kedua-dua kenderaan berpusing dan menghentam penghadang jalanraya

Hentaman itu menyebabkan dua penumpang belakang kereta hitam terbabit tercampak keluar dari kenderaan hitam tersebut.

Kejadian ini mungkin dapat dielakkan sekiranya kedua mereka memakai tali pinggang di belakang. Malah rata-rata netizen yang menonton video berkenaan turut bercakap benda yang sama.

Kami di Buzzkini mendoakan semoga kedua-dua adik itu tidak mengalami kecederaan yang teruk dan sembuh dengan kadar segera.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Remaja Tular Bakar Anak Kucing Hidup-hidup Sudah Ditahan Polis

Sebelum ini, rakaman CCTV kejadian di Flat Kenari, Kajang itu tular di media sosial hingga…

12 mins ago
  • News
  • Trending

Enggan Pergi Kelas Mengaji, Remaja Reka Cerita Dirinya Diculik

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, hasil soal siasat dan rakaman percakapan mangsa, saksi dan…

49 mins ago
  • News
  • Trending

Akhyar Rashid Cedera Dipercayai Disamun Di Kuala Terengganu [Video]

Pemain Terengganu FC (TFC) itu juga didakwa kehilangan telefon bimbit dan dompetnya kerana dilarikan oleh…

1 hour ago
  • Trending

Surau Buluh Bentuk Penyu Pertama Di Asia Ada Di Terengganu [Video]

Pengarah Bahagian Pembangunan Industri MTIB, Abdul Rafa Tan berkata, Surau Buluh ini mula dibina pada…

17 hours ago
  • Trending

“Well Behave”- Mat Salleh Puji Tingkah Laku Rakyat Malaysia Semasa Konsert Gig [Video]

Pasangan itu turut membezakan situasi ketika menonton konsert di UK dan juga Malaysia, di mana…

18 hours ago
  • Info
  • Trending

Suami Mandikan Jenazah Isteri, Batal Tak Wuduk? Ini Penjelasan UAI [Video]

Menurut Ustaz Azhar Idrus, suami atau isteri boleh mencium jenazah pasangannya yang sudah diwudukkan.

19 hours ago