Lihat Isteri Bersalin Buat Tajul Insaf dan Lebih Hargai Isteri

Isteri penyanyi Tajul Ariff Noor Md Shari iaitu Nurul Shamieza Eddie selamat melahirkan bayi perempuan yang juga anak sulung mereka, malam tadi.

Bayi diberi nama Adriana Carissa itu dilahirkan secara normal dengan berat 2.8 kilogram di Hospital Kajang.

“Alhamdulillah isteri selamat melahirkan anak sulung kami. Satu pengalaman yang menarik dan dalam masa sama rasa sedih melihat sakitnya dia ketika hendak bersalin.

Tajul atau nama sebenarnya Tajul Ariff Noor Md Shari, 21 berkata dia teruja dan gembira kerana pertama kali merasa pengalaman bergelar seorang bapa.

“Saya sendiri ikut masuk ke bilik bersalin menemani isteri dan melihat bagaimana dia bertarung nyawa melahirkan anak kami dan ia membuatkan saya berasa insaf.

“Ia juga mengingatkan saya supaya lebih menghargai isteri kerana begitulah keadaan ibu kita ketika melahirkan kita,” katanya.

Dalam pada itu, Tajul turut berkongsi berita gembira berkenaan di Instagram.

Tajul berkata, jika tiada halangan isterinya dijangka pulang ke rumah esok.

Terdahulu, penyanyi yang popular dengan lagu Sedalam Dalam Rindu ini mencetuskan kontroversi apabila gambarnya bersama seorang wanita yang sarat hamil disebarkan di Internet.

BACA : https://www.buzzkini.com/trending/2019/10/07/saya-tiada-niat-untuk-sorok-atau-menipu-tajul-ariff-buka-mulut-mengenai-perkahwinannya/

Tajul kemudian membuat pengakuan dia sudah berkahwin dan wanita yang sedang hamil itu adalah isterinya yang dinikahi pada 10 Disember 2017.

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

Amanie Academy Perkenal 2 Platform AI Baru, Inovasi Baru Dalam Pendidikan & Kewangan Islam

Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…

2 days ago
  • Trending

“Besar Pahala Dia” – Tindakan Mutawif Gigih Pimpin Jemaah Buta Ke Depan Kaabah Raih Pujian [Video]

Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.

2 days ago
  • News
  • Trending

Tiada Kasino Akan Dibuka & Beroperasi Di Forest City – MB Johor

Jelas MB Johor itu lagi, Agong juga telah bertitah bahawa baginda tidak akan membenarkan mana-mana…

2 days ago
  • Trending

Ramai Sokong Kelantan Miliki Paling Ramai Lelaki Kacak, Kedah Pula Kelakar

Menurut kebanyakan komen, lelaki Kelantan dilihat lebih kacak kerana kebanyakan mereka mempunyai kacukan darah Melayu-Siam.

2 days ago
  • Trending

“Ini Baru Cantik”- Ramai Puji Aisar Khaled Bantu Bersih & Cantikkan Rumah Warga Emas [Video]

Menerusi video berkenaan, kelihatan warga emas itu sangat teruja sebaik melihat rumahnya kembali cantik dan…

2 days ago
  • News
  • Trending

Lelaki Rempuh Kereta Kerana Berang Pasangan Kekasih Bertengkar

Menerusi video turut kelihatan kereta berwarna putih berkenaan meluru laju melanggar kenderaan berwarna hitam sebaik…

2 days ago