“2019 Adalah Tahun Antara Hidup & Mati ..Welcome 2020” – Syafie Naswip

Pelakon hebat Syafie Naswip menerusi Instagramnya mendedahkan tahun 2019 adalah tahun paling getir yang berjaya dihadapinya.

Kisah putusnya pertunangan dia bersama pelakon Aishah Azman bukan sahaja mengejutkan ramai pihak, malah keadaaan menjadi lebih meruncing selepas Aishah membuat laporan polis mengatakan dirinya di pelakon lelaki berusia 28tahun itu.

Ekoran dari peristiwa itu dia terpaksa menahan makian dan hinaan daripada orang ramai hampir beberapa bulan.

“2019 adalah tahun antara hidup dan mati. Dihina dan diherdik oleh khalayak merupakan perkara yang aku perlu lalu setiap hari lima bulan.

“Itu bukan perkara mudah. Setiap langkah dan senyuman aku seperti tiada nilai di mata manusia.

“Mulut dan kata-kata manusia boleh buatkan hidup manusia lain merana,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.

Syafie atau panggilan mesryanya , Ayie, bagaimanapun mengakui tidak terkesan dengan kata-kata kesat yang dilemparkan kepadanya oleh sesetengah pihak .

“Tetapi mereka silap. Mereka boleh berkata apa sahaja tentang aku dan keluarga tetapi semangat yang Tuhan pinjamkan pada aku lebih kuat dari itu.

“Aku akan buktikan aku boleh berjaya dengan berbekalkan kata-kata kesat kalian”

“Terima kasih menghadiahkan aku sebuah doa jahanam untuk menjadi manusia yang lebih baik dalam hidup. Amin. Welcome 2020! Bismillah,” tulisnya lagi.

Di jengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut dan pengiat industri mendoakan agar Ayie terus maju ke hadapan dan melupakan apa yang telah terjadi pada tahun lalu.

Terdahulu, kes yang membabitkan dirinya yang dikatakan mencedera dan mengugut bekas tunangnya juga telah selesai apabila pihak pendakwa raya membuat keputusan kes itu sebagai Tiada Tindakan Lanjut (TTL) berikutan tiada keterangan yang mencukupi.

Recent Posts

  • Trending

“Harap Ayah Happy” – Bapa Terharu Si Anak Hadiahkan Motosikal Jenis Honda Vario [Video]

Menerusi video tersebut, meskipun gembira menerima hadiah namun masih kelihatan si bapa seperti bimbang pemberian…

21 hours ago
  • Trending

Lelaki Dakwa Puluhan Kereta Tersadai Di Highway Karak, Gara-gara Paku Atas Jalan [Video]

Dalam satu lagi video berasingan yang dikongsikan Mohd Faiz, dia mendakwa bahawa kesemua kereta tersebut…

23 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Tiada Duta Tempatan” – Dikritik Selepas Ruhainies Tag Gambar Di IG, Godiva Tampil Beri Penjelasan

Penafian tersebut dilakukan Godiva Malaysia, selepas orang ramai mendakwa syarikat berkenaan mengambil Ruhainies sebagai duta…

23 hours ago
  • Trending

Perlu Beli Barang Lain Jika Nak Beli 2 Paket Minyak Masak, KPDN Perak Serbu Kedai Runcit [Video]

Menurut Timbalan Menteri KPDN, Fuziah Salleh melakukan jualan bersyarat adalah satu kesalahan di bawah Akta…

1 day ago
  • News
  • Trending

Menteri Besar Perlis Tak Ditahan, Hanya Dipanggil SPRM Untuk Beri Keterangan

Sebelum ini, media melaporkan MB Perlis ditahan SPRM selepas hadir untuk memberi keterangan kepada pihak…

1 day ago
  • News
  • Trending

“Tiada Bukti Kukuh” – Kes Guru MRSM Pedofilia Diklasifikasi Fitnah, Polis Siasat Penulis

Menurut Ketua Polis Kelantan, pihaknya kini membuka siasatan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia…

1 day ago