“Nama Kirana Tu Malique Yang Bagi” – Zizi Kirana Buka Cerita Asal Usul Namanya Cetusan Mr General

Siapa yang tidak kenal Zizi Kirana, rapper perempuan yang semakin meniti di bibir peminat dunia hiburan , malah di akui sebagai penyanyi rap wanita paling menonjol di masakini.

Zizi yang sebelum ini pernah bersama kumpulan The Fabulous Cat (TFC) dan kumpulan Nukilan kini lebih selesa bergerak solo malah boleh dikatakan setiap lagu nyanyian kerap menjadi siulan anak muda

Penyayi rap cantik itu baru-baru ini telah di dijemput untuk menyertai rancangan temubual santai ‘Podcast Malam Jumaat’ terbitan Onz yang dihoskan oleh Fify Azmi dan juga Hydar Hasanudin.

Yang menariknya sewaktu dalam satu segmen temubual, Zizi yang diajukan soalan tentang kareer seninya mendedahkan nama seninya ‘Kirana’ adalah cetusan idea lagenda Rap, Malique Ibrahim yang turut dikenali dengan gelaran Mr General.

Malah Zizi yang merupakan anak didik Malique dan antara beberapa selebriti yang masih berurusan dengan rappter tersebut menerangkan bahawa Malique itu umpama saudara kandungnya .

Tambahnya lagi, Malique juga adalah orang terpenting yang banyak mencorakkan imej dan halatuju nya kini.

“Kirana tu abang Malique yang bagi, dia macam abang kepada saya. (Kadangkala) dimana-mana pun terasa dia macam ada di sebelah” kata Zizi dengan nada berseloroh.

“Untuk bidang rap ni, dia yang ajar saya. Kalau bukan kerana dia yang menyokong saya untuk menjadi rapper bersama kumpulan Nukilan dahulu, mungkin saya tak akan menjadi rapper” kata Zizi lagi.

Saat diajukan oleh Fify dan Hydar maksud kepada nama Kirana, Zizi pantas menerangkan nama Kirana yang dipilih Malique membawa maksud cahaya yang bergemerlapan.

“Kirana tu ertinya cahaya yang bergemerlapan, dia (Malique) yang tuka nama tu sebab dulu Zizi dikenali sebagai Zizi AF 7 dan Zizi Fabulous Cat.

“Jadi dia cakap kalau ‘Awak nak bergerak solo, awak kena tukar nama supaya orang tak ingat lagi bayangan Zizi yang dulu’ . Jadi sampai sekaranglah saya menggunakan nama itu”

Ikuti temu bual mereka di bawah :

Recent Posts

  • Info
  • Trending

Boleh Ke Isteri Ambil Duit Suami Senyap-Senyap? Ini Penjelasannya

Menurut Ustazah Asma’ lagi, berdasarkan kitab Mughni al-Muhtaj, terdapat tujuh keperluan nafkah yang wajib suami…

15 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Sepadan Betul”- Ramai Beri Restu Lepas Lihat Video Bella Astillah & Daniesh Suffian

Ramai di kalangan netizen berpendapat Bella Astillah dan Daniesh Suffian adalah sepadan serta tidak menolak…

16 hours ago
  • Trending

“Vokal Dia Power!” – Suara Serak Basah Jadi Tumpuan, Ramai Puji Nyanyian Buskers Cover Lagu Nidji [Video]

Pemuzik jalanan dikenali sebagai Genji Buskers bersama Kazim Band dilihat sedang mempersembahkan nyanyian lagu sekitar…

16 hours ago
  • News
  • Trending

Pengantin Pakai Seksi & Tak Tutup Aurat Semasa Akad Nikah Budaya Jahiliah, Kata Mufti Pulau Pinang

Sebelum ini, seorang pelakon wanita dikritik kerana berpakaian seksi dan terdedah semasa melangsungkan majlis akad…

16 hours ago
  • Trending

Anak Sulung Rasa Bagai Disisih Ibu Bapa, Lukisan Si Kecil Buat Ibu Luluh Hati [Video]

Seorang ibu dikenali sebagai Intan berkata dia berasa sedih melihat lukisan anak sulung yang menggambarkan…

16 hours ago
  • Trending

Dejavu! Tular Lagi Video Axia Terbawa Nozel Pam Selepas Isi Minyak

Kejadian tersebut dipercayai berlaku di salah sebuah stesen minyak di Bukit Sentosa, Rawang, Selangor pada…

16 hours ago