Mengaku Hamil & Sudah Rujuk Bersama Aliff, Bella Maafkan Semua Yang Mencaci

Desas desus mengenai status hubungan Bella Astillah akhirnya terjawab apabila pelakon itu membalas komen dari netizen menyatakan yang disudah kembali rujuk bersama suami, penyanyi Aliff Aziz.

Bella dalam masa sama turut mengakui yang dia kini sedang hamil anak kedua dan bertawakkal kepada Allah saat diajukan soalan mengenai perangai Aliff.

Susulan dari itu Instagramnya dihujani pelbagai respons dengan separuh dari peminatnya mengambil kesempatan mengucapkan tahniah dan berdoa agar hubungan nya akan berkekalan selamanya.

Namun ada segelintir dari netizen yang meluahkan rasa amarah mereka dan menyifatkan Bella tidak belajar dari kesilapan lalunya.

Terbaru memetik Metro, Bella Astillah menjelaskan yang dia reda apabila keputusan yang diambilnya mendapat pertikaian orang ramai.

Malah dia turut memaafkan segala komen berbentuk cacian yang diterima dan menjelaskan biarlah dia serta keluarga saja tahu alasannya.

“Ramai yang mencaci saya bodoh, fitnah saya dan sebagainya, tapi saya maafkan mereka. Selepas ini, saya hanya fokus pada doa-doa yang lebih baik.

“Apapun yang mereka nak fikir mengenai saya, akan selamanya kekal begitu. Walaupun, jika saya cuba jelaskan, kalau mereka tak suka tetap tak suka. Sama ada pilihan saya salah atau tindakan yang kurang bijak bagi sesetengah pihak kerana kembali rujuk dengan suami, itu akan ditanggung oleh saya sendiri.

“Pilihan saya adalah untuk anak memiliki ibu bapa yang lengkap dan cuba perbaiki apa silap sebelum ini. Mudah untuk orang menilai, tetapi hanya saya dan keluarga tahu niat utamanya sudah memadai. Perkara yang pernah berlaku biarlah berlalu, manusia tiada yang sempurna,” katanya.

Tambahnya dia kini sudah cukup matang untuk berkongsi perihal rumah tangganya bersama Aliff.

“Perkara yang lepas menjadikan saya lebih matang dan sangat berhati-hati dalam perkongsian soal peribadi. Tidak pernah saya minta simpati atau meroyan di media sosial, itu pilihan saya untuk korbankan cerita rumahtangga saya supaya menjadi iktibar pada orang lain.

“Semoga di bulan Ramadan ini, kita sama-sama dapat memperbaiki diri untuk jadi lebih baik. Tiada manusia tak membuat kesilapan atau dosa,” katanya.

Terdahulu pasangan ini yang mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Mohamad Ayden Adrean membuat keputusan untuk berpisah selepas Aliff ditangkap curang dengan beberapa wanita berbeza.

Recent Posts

  • Info
  • Trending

Boleh Ke Isteri Ambil Duit Suami Senyap-Senyap? Ini Penjelasannya

Menurut Ustazah Asma’ lagi, berdasarkan kitab Mughni al-Muhtaj, terdapat tujuh keperluan nafkah yang wajib suami…

11 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Sepadan Betul”- Ramai Beri Restu Lepas Lihat Video Bella Astillah & Daniesh Suffian

Ramai di kalangan netizen berpendapat Bella Astillah dan Daniesh Suffian adalah sepadan serta tidak menolak…

11 hours ago
  • Trending

“Vokal Dia Power!” – Suara Serak Basah Jadi Tumpuan, Ramai Puji Nyanyian Buskers Cover Lagu Nidji [Video]

Pemuzik jalanan dikenali sebagai Genji Buskers bersama Kazim Band dilihat sedang mempersembahkan nyanyian lagu sekitar…

11 hours ago
  • News
  • Trending

Pengantin Pakai Seksi & Tak Tutup Aurat Semasa Akad Nikah Budaya Jahiliah, Kata Mufti Pulau Pinang

Sebelum ini, seorang pelakon wanita dikritik kerana berpakaian seksi dan terdedah semasa melangsungkan majlis akad…

11 hours ago
  • Trending

Anak Sulung Rasa Bagai Disisih Ibu Bapa, Lukisan Si Kecil Buat Ibu Luluh Hati [Video]

Seorang ibu dikenali sebagai Intan berkata dia berasa sedih melihat lukisan anak sulung yang menggambarkan…

11 hours ago
  • Trending

Dejavu! Tular Lagi Video Axia Terbawa Nozel Pam Selepas Isi Minyak

Kejadian tersebut dipercayai berlaku di salah sebuah stesen minyak di Bukit Sentosa, Rawang, Selangor pada…

12 hours ago