Jarak Umur Bukan Penghalang, Harris Alif Akui Kini Bercinta Dengan Intan Ladyana

Nampaknya spekulasi mengenai hubungan dua pelakon Hariis Alif dan Intan Ladyana akhirnya terjawab apabila Harris mengakui yang dia kini sedang menjalin cinta dengan Intan Ladyana sejak beberapa bulan lalu.

Menurut pelakon lelaki berusia 21 tahun itu dia yang sudah mengenali Intan sejak sembilan tahun lalu bagaimanapun hanya mula rapat semenjak beberapa bulan lalu selepas kerap berhubung.

Terpikat dengan keperibadian Intan

Meskipun jarak umur hampir 17 tahun, Harris mendedahkan yang dia terpikat dengan keperibadian pelakon senior itu.

“Kami rapat dan mula berhubung pada tahun ini serta segala-galanya pun bermula. Selepas makin rapat kerana sering berhubung, barulah timbul keserasian dan perkara-perkara lain.

“Memang kini saya bercinta dengan dia (Intan). Apatah lagi, perhubungan kami dijalin pada dasar suka sama suka dan ikhlas. Malah, atas sebab itu juga perbezaan umur yang ketara tidak pernah kami sentuh untuk dibicarakan.

Kami OK asalkan tiada masalah atau penghalang

“Lagi pun, saya tak nampak reaksi daripada Intan yang melihat saya sebagai terlalu muda untuknya. Tak dinafikan, sudah tentu kami ada bercakap soal perbezaan umur, namun asalkan tiada masalah atau penghalang, kami okay.

“Sekarang, kami masih dalam fasa nak kenal hati budi masing-masing dan boleh dikatakan memang ke arah lebih serius,” katanya.

Dulu panggil ‘kakak’

Pengacara MPop! TV3 yang juga bekas pemenang Idola Kecil musim ke-3 itu turut mendedahkan yang dia sebelum ini memanggil kekasihnya itu dengan panggilan ‘kakak’ namun mula kedengaran janggal selepas bertemu kembali pada satu araca TV3 tahun lalu.

“Tapi, kali akhir jumpa dia di acara Jom Heboh tahun lalu, saya dah tak boleh panggil Kak Intan dan dia pun rasa pelik jika saya memanggilnya begitu.

“Namun, Alhamdulilah keluarga saya pun okay dan tak cakap apa-apa mengenai hubungan kami. Malah, buat masa ini kami pun tiada sebarang perancangan untuk me langkah ke fasa seterusnya,” kata Haris.

Walaupun terdapat suara-suara kecil yang kurang bersetuju dengan perhubungan mereka Haris memilih untuk tidak terlalu memikirkannya.

“Semua orang ada hak untuk bersuara. Tak kisahlah mereka nak kecam atau mahu beri pandangan termasuk galakan.

“Saya terima semuanya dan tak ambil serius apa yang diperkatakan. Asalkan saya dan Intan okay tiada masalah. Orang bercakap hanya kerana tengok gambar dan mereka tak kenal kami secara peribadi. Jadi mereka bebas nak kata apa-apa sahaja,” katanya.

Terdahulu kisah mereka seolah dapat dihidu peminat selepas Harris memuat naik foto mereka bersama dengan mengenakan pakaian raya yang sedondon

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

Amanie Academy Perkenal 2 Platform AI Baru, Inovasi Baru Dalam Pendidikan & Kewangan Islam

Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…

18 hours ago
  • Trending

“Besar Pahala Dia” – Tindakan Mutawif Gigih Pimpin Jemaah Buta Ke Depan Kaabah Raih Pujian [Video]

Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.

1 day ago
  • News
  • Trending

Tiada Kasino Akan Dibuka & Beroperasi Di Forest City – MB Johor

Jelas MB Johor itu lagi, Agong juga telah bertitah bahawa baginda tidak akan membenarkan mana-mana…

1 day ago
  • Trending

Ramai Sokong Kelantan Miliki Paling Ramai Lelaki Kacak, Kedah Pula Kelakar

Menurut kebanyakan komen, lelaki Kelantan dilihat lebih kacak kerana kebanyakan mereka mempunyai kacukan darah Melayu-Siam.

1 day ago
  • Trending

“Ini Baru Cantik”- Ramai Puji Aisar Khaled Bantu Bersih & Cantikkan Rumah Warga Emas [Video]

Menerusi video berkenaan, kelihatan warga emas itu sangat teruja sebaik melihat rumahnya kembali cantik dan…

1 day ago
  • News
  • Trending

Lelaki Rempuh Kereta Kerana Berang Pasangan Kekasih Bertengkar

Menerusi video turut kelihatan kereta berwarna putih berkenaan meluru laju melanggar kenderaan berwarna hitam sebaik…

1 day ago