Aktor veteran Idris Mat Diah yang lebih dikenali golongan anak muda menerusi watak Pak Andak dalam drama bersiri popular 7 Hari Mencintaiku 2 difahamkan telah meninggal dunia di Putrajaya pada jam 2:30 pagi hari ini.
Idris Mat Diah yang berusia 61 tahun difahamkan tidak sedarkan diri kira kira jam 2 pagi sebelum keluarganya menghubungi ambulans untuk mendapatkan bantuan.
Anak Arwah yang dikenali sebagai Alia berkata petugas perubatan yang tiba kemudiannya mengesahkkan arwah ayah sudah meningal dunia pada jam 230 pagi.
Menurt Alia lagi, ayahnya sejak dua tiga hari lalu tidak mempunyai selera makan.
Jenazah Idris disolatkan di Masjid Al-Faizin, Kepong, Kuala Lumpur dan dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Lagong, hari ini.
Idris yang begitu disegani dalam indudsti perfileman sebelum ini pernah terlibat dalam filem Janin(2010) selain sejumlah drama dan telefilem seperti Cucu Tauke Beras, Menantu Bilal, Andainya Takdir, Love You Mr Arrogant dan Zahir Tak Terucap.
Memetik Harian Metro, Allahyarham juga pernah berkhidmat sebagai pustakawan di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas).
Menerusi video tersebut, kelihatan mak cik berkenaan turut meninggikan suaranya dengan tenang ketika nyanyi di…
Menurut Chery Auto Malaysia, kenderaan wanita berkenaan telah dibawa ke pusat servis untuk pemeriksaan dan…
Apabila ditanya oleh Mejar Jeneral Adi apakah yang menyebabkan dia menyertai tentera, Leftenan Muda Chan…
Mahkamah menganugerahkan mangsa iaitu Razali sebanyak RM352,947.33 bagi ganti rugi khas dan RM368,000 untuk ganti…
Ustaz Wadi Annuar menjelaskan bahawa kekotoran seperti lumpur yang terkena pada pakaian bukanlah dianggap sebagai…
Menerusi video tersebut, turut kelihatan pemilik restoran berkenaan berkesempatan untuk bergambar dengan pelanggan yang datang…