fbpx
Now Reading
Model Halima Aden Tinggalkan Dunia Peragaan Demi Agama, Neelofa Tumpang Gembira

Model Halima Aden Tinggalkan Dunia Peragaan Demi Agama, Neelofa Tumpang Gembira

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dunia peragaan antarabangsa baru-baru ini dikejutkan apabila seorang model terkemuka dari Kenya, Halima Aden sanggup menarik diri dari terus tampil di pentas peragaan fesyen.

Difahamkan keputusan itu dilakukan Halima demi mempertahankan agamanya. Isu ini kemudian menarik perhatian selebriti di dunia termasuk Neelofa.

Neelofa yang berkongsikan berita tersebut menerusi laman Instagramnya meluahkan rasa gembira atas keputusan yang dibuat oleh gadis tersebut.

“My favourite HEADLINE EVER!!! Yess this is GOALS Mashallah!! I am SO HAPPY FINALLY!!,” tulisnya pada foto yang dikongsikan itu.

Halima Aden yang berusia 23 tahun ini merupakan model pertama yang mengenakan hijab bagi memperagakan jenama-jenama antarabangsa, bahkan dirinya menjadi bintang dalam dunia fesyen.

Kredit: Instagram/@halima

Menurut Halima, dia seakan kehilangan identiti dirinya ketika bersetuju memakai seluar jeans sebagai pengganti hijab dan sering melewatkan waktu solatnya.

Malah, Neelofa turut mendoakan Halima agar diberikan kekuatan dan keberanian supaya terus berada di jalan yang betul.

“My dear sister @halima, may Allah swt continuously grant you with this unbelievable strength and courage to keep you going. Allahuakbar,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Sebelum ini, selebriti popular ini dikatakan menimba pengalaman daripada Halima dalam dunia rekaan ketika bertemu di pertunjukan fesyen di luar negara.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.