Michelle Yeoh Sah Bintangi Filem Superhero Marvel, Shang Chi

Aktres terkenal dari Malaysia yang menempa di Hollywood , Tan Sri Michelle Yeoh semalam mengesahkan secara rasmi yang dia bakal membintangi filem adi wira terbaharu Disney, Shang-Chi and the Legend of the Ten Rings (Shang-Chi).

Berita gembira tersebut dikongsikan Michelle kepada peminat dan pengikut menerusi satu perkongsian di laman Instagram beliau.

Ini sekali gus menjadikan Michelle pelakon Malaysia pertama yang berjaya muncul dengan watak besar dalam filem Marvel Cinematic Universe.

“Akhirnya, rasmi, saya sebahagian daripada filem adi wira Shang-Chi. Terima kasih Marvel.

“Terima kasih kepada penerbit, para pelakon dan kru yang memastikan kami selamat ketika situasi sukar ini.

“Terima kasih Sydney untuk langkah pencegahan dan peraturan penjarakan sosial,” tulis pelakon berusia 58 tahun itu dalam entri tersebut, pada Sabtu.

Michelle difahamkan bakal memegang watak sebagai Jiang Nan dimana aktor dari Kanada, Simu Liu akan memegang watak utama sebagai Shang Chi.

Selain Michelle dan Simu Liu, bintang Crazy Rich Asian, Awkwafina juga akan membintangi filem sebagai Katy bersama barisan-barisan pelakon seperti Tony Leung (Wenwu); Meng’er Zhang (Xialing); Fala Chen (Jiang Li); Florian Munteanu (Razor Fist) dan seorang lagi bintang komedi dari Malaysia iatu Ronny Chieng (Jon Jon_

“Ia adalah satu perjalanan yang sangat istimewa, perjumpaan semula yang menakjubkan bersama kawan-kawan lama dan satu peluang yang indah

“Ingatlah, bersatu kita teguh dan akan kuat dan lebih kuat. Saya tidak sabar untuk berjumpa dengan anda semua nanti,” tambahnya lagi.

Michelle sebelum ini pernah muncul secara cameo di dalam post credit filem Francais MCU iaitu Guardians Of The Galaxy 2, memegang watak Aleta Ogord bersama Ravagers.

Recent Posts

  • Trending

Haramkan Syarikat Bersubahat Dalam Genosid Gaza Daripada NATSEC Asia 2024 – NGO Malaysia

Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan NATSEC 2024 dijadualkan berlangsung di di Pusat Pameran dan…

5 hours ago
  • News
  • Trending

Tak Mampu Ganti Pemadam Kawan, Kanak-Kanak Umur 10 Tahun Tawar Seks Untuk Bayar Hutang

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, kes itu bagaimanapun tidak difailkan memandangkan ia disifatkan…

6 hours ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

The Exchange TRX perkenal TRX Eats, Makan Sambil Berhibur Sepanjang Bulan Mei Ini!

TRX Eats adalah perayaan kepelbagaian kuliner dan kehidupan sosial yang mencerminkan semangat The Exchange TRX.

7 hours ago
  • News
  • Trending

Kedudukan Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Salah Kementerian Sepenuhnya – Fahmi Fadzil

Menurut Fahmi Fadzil, undang-undang di bawah kementerian berbeza turut dilihat mempengaruhi laporan yang dikeluarkan oleh…

8 hours ago
  • Trending

BJAK Tak Pernah Dapat Kelulusan Jalankan Perkhidmatan ‘Renew’ Cukai Jalan – JPJ

Menurut JPJ, tiada intergrasi sistem di antara sistem JPJ (MySIKAP) dengan sistem yang digunakan oleh…

9 hours ago
  • Trending

Peniaga Apam Balik Jadi Bidan Terjun, Baca Doa Di Kenduri Kahwin Buat Ramai Kagum [Video]

Apa yang menjadi perhatian adalah bacaan doa pemuda berkenaan yang lancar, penuh dengan lenggok dan…

10 hours ago