“Maaf Atas Segala Kesulitan” – Harris Annuar Sahkan Dirinya Positif Covid-19

Baru beberapa hari pulang dari berbasikal dan bercuti di Pulau Langkawi, pelakon Harris Anuar mengesahkan dirinya kini positif Covid-19.

Perkara itu didedahkan sendiri oleh Harris atau nama betulnya, Mohammad Harris Shahrul Annuar, 28, menerusi satu perkongsian di laman instagramnya.

Bekas peserta Hero Remaja 2017/2018 itu difahamkan bakal melakukan ujian kedua di klinik yang sama hari ini dan dalam masa sama masih menjalankan kuarantin di rumahnya.

“Assalamualaikum, semalam pada 3/1/2020, saya baru sahaja menjalani ujian saringan Covid-19 bersama team Megaklinik Zahran dan ternyata saya Positif Covid-19 untuk saringan yang pertama.

“Hari ini pada 4/1/2021 saya akan ke klinik kembali untuk buat saringan kedua. Untuk masa sekarang Harris sedang jalani kuarantin sendiri di rumah seperti yang disarankan KKM”

Maaf atas segala kesulitan

Dia dalam masa sama turut memohon kontak rapat dengannya sejak 2 minggu terakhir untuk menjalani saringan.

“Siapa-siapa yang kontak rapat dengan saya selama dua minggu yang terakhir boleh menjalani ujian Covid-19 di klinik berdekatan.

“Setakat ni saya masih menunggu panggilan rasmi daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan selanjutnya,” tulis sepupu kepada Neelofa itu dalam Instagramnya.

Dijengah ke ruangan komen, rata-rata rakan artis dan peminat dilihat mendoakannya agar Harrus diberikan kesembuhan dan dipermudahkan segala urusan.

Recent Posts

  • Trending

“Harap Ayah Happy” – Bapa Terharu Si Anak Hadiahkan Motosikal Jenis Honda Vario [Video]

Menerusi video tersebut, meskipun gembira menerima hadiah namun masih kelihatan si bapa seperti bimbang pemberian…

11 hours ago
  • Trending

Lelaki Dakwa Puluhan Kereta Tersadai Di Highway Karak, Gara-gara Paku Atas Jalan [Video]

Dalam satu lagi video berasingan yang dikongsikan Mohd Faiz, dia mendakwa bahawa kesemua kereta tersebut…

12 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Tiada Duta Tempatan” – Dikritik Selepas Ruhainies Tag Gambar Di IG, Godiva Tampil Beri Penjelasan

Penafian tersebut dilakukan Godiva Malaysia, selepas orang ramai mendakwa syarikat berkenaan mengambil Ruhainies sebagai duta…

12 hours ago
  • Trending

Perlu Beli Barang Lain Jika Nak Beli 2 Paket Minyak Masak, KPDN Perak Serbu Kedai Runcit [Video]

Menurut Timbalan Menteri KPDN, Fuziah Salleh melakukan jualan bersyarat adalah satu kesalahan di bawah Akta…

14 hours ago
  • News
  • Trending

Menteri Besar Perlis Tak Ditahan, Hanya Dipanggil SPRM Untuk Beri Keterangan

Sebelum ini, media melaporkan MB Perlis ditahan SPRM selepas hadir untuk memberi keterangan kepada pihak…

14 hours ago
  • News
  • Trending

“Tiada Bukti Kukuh” – Kes Guru MRSM Pedofilia Diklasifikasi Fitnah, Polis Siasat Penulis

Menurut Ketua Polis Kelantan, pihaknya kini membuka siasatan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia…

16 hours ago