fbpx
Now Reading
Bekas Isteri & Anak Fizo Omar Positif Covid-19

Bekas Isteri & Anak Fizo Omar Positif Covid-19

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak petang semalam, perkongsian bekas isteri Fizo Omar iaitu Mawar Karim menjadi tumpuan netizen seolah memberi gambaran yang dia bersama anaknya, Wan Maryam telah dihangkiti Covid-19.

Terbaru Mawar dan Maryam sudahpun disahkan positif Covid-19 dan kini sedang menjalani rawatan di sebuah hospital sejak Isnin.

Mawar yang juga pemilik perusahaan tudung terkenal Fareeda, menerusi satu posting di IG nya menzahirkan rasa terima kasih kepada frontliners dan orang ramai yang mendoakan dia dan anaknya.

Dia dalam masa sama turut memohon maaf kerana tidak dapat menjawab panggilan dari mana-mana pihak yang cuba menghubunginya menerusi e-mel atau laman sosial.

“Terima kasih sangat kepada abang petugas barisan hadapan. Maaf kalau saya tak sempat jawab panggilan atau e-mel dan apa-apa dari media sosial.

“Terima kasih semua yang mendoakan saya dan anakanda Maryam. Hanya Allah saja dapat balas jasa baik kalian. Semoga saya dan Maryam terus sihat. Insya-Allah.

“Saya dan Maryam boleh lawan. Mawar dan Maryam double M kuat. Fighter. Come on Maryam teruskan kuat,” kata Mawar yang berkongsi berita tersebut menerusi laman Instagram miliknya.

Dijengah ke ruang komenan di rata-rata netizen mengucap kata-kata semangat dan mendoakan dua beranak tersebut agar segera diberi kesembuhan.

Fizo turut dilihat meninggalkan komen kepada bekas isteri dan anaknya itu dan menitip nasihat agar mereka terus berdoa memohon dipermudahakn urusan.

“Terus kuat dan banyakkan berdoa. Semoga Allah permudahkan segala urusan. Semoga cepat sembuh,” tulis Fizo lagi.

Terdahulu aktor tersebut mendirikan rumah tangga dengan Mawar pada 10 November 2013 dan dikurniakan seorang anak, Wan Maryam sebelum berpisah pada 10 Julai 2019.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.