Operasi Pawagam Dibenarkan Di Kawasan PKPB, PKPP – FINAS

Dapatkan isu trending, tips, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !


Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) menerusi satu kenyataan hari ini memamklumkan bahawa operasi pawagam di semua kawasan yang dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) kembali dibenarkan.

Menurut FINAS, pengumuman tersebut dibuat merujuk kepada keputusan MKN yang dimaklumkan Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri pada sidang media PKP petang tadi.

Ini bermakna kesemua pawagam di Malaysia (kecuali di kawasan PKPD) kini sudah boleh memulakan operasi mereka selewat-lewatnya 5 Mac ini memandangkan baki 4 negeri yang masih melaksanakan PKP akan berakhir pada tarikh tersebut.

Baca artikel berkaitan : PKPB Di Selangor, KL, Johor, Pulau Pinang Bermula 5 Mac

Aktiviti penggambaran turut dibenarkan

Selain operasi pawagam, aktiviti penggambaran turut dibenarkan di semua kawasan PKPB dan PKPP yang bagaimanapun tertakluk kepada semua garis panduan dan pematuhan SOP yang telah ketat oleh Majlis Keselamatan.

“Sehubungan itu, aktiviti penggambaran dan operasi pawagam di kawasan yang dikuatkuasakan PKPB dan PKPP adalah dibenarkan tertakuk kepada pematuhan semua garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) yang telah digariskan oleh pihak Majlius keselamatan Negara (MKN) meliputi protokol pencegahan penyakit dan sekatan, saringan kesihatan, pembersihan dan nyah kuman premis, penjarakan fizikal dan tatacara keselamatan pekerja serta tindak balas kecemasan,” kata kenyataan yang dikeluarkan Unit Komunikasi Korporat.

Sebarang maklumat lanjut bolehlah menguhubungi Unit Komunikasi Korporat FINAS di info@finas.my atau hubungi mereka di talian 03-7968 2182.

Terdahulu sekitar penghujung Februarlu lalu Persatuan Pemamer Filem Malaysia (MAFE) dan pengusaha-pengusaha pawagam memohon kepada kerajan agar membenarkan pawagam kembali dibuka.

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

Amanie Academy Perkenal 2 Platform AI Baru, Inovasi Baru Dalam Pendidikan & Kewangan Islam

Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…

1 day ago
  • Trending

“Besar Pahala Dia” – Tindakan Mutawif Gigih Pimpin Jemaah Buta Ke Depan Kaabah Raih Pujian [Video]

Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.

2 days ago
  • News
  • Trending

Tiada Kasino Akan Dibuka & Beroperasi Di Forest City – MB Johor

Jelas MB Johor itu lagi, Agong juga telah bertitah bahawa baginda tidak akan membenarkan mana-mana…

2 days ago
  • Trending

Ramai Sokong Kelantan Miliki Paling Ramai Lelaki Kacak, Kedah Pula Kelakar

Menurut kebanyakan komen, lelaki Kelantan dilihat lebih kacak kerana kebanyakan mereka mempunyai kacukan darah Melayu-Siam.

2 days ago
  • Trending

“Ini Baru Cantik”- Ramai Puji Aisar Khaled Bantu Bersih & Cantikkan Rumah Warga Emas [Video]

Menerusi video berkenaan, kelihatan warga emas itu sangat teruja sebaik melihat rumahnya kembali cantik dan…

2 days ago
  • News
  • Trending

Lelaki Rempuh Kereta Kerana Berang Pasangan Kekasih Bertengkar

Menerusi video turut kelihatan kereta berwarna putih berkenaan meluru laju melanggar kenderaan berwarna hitam sebaik…

2 days ago