fbpx
Now Reading
PKPB Di Selangor, KL, Johor, Pulau Pinang Bermula 5 Mac

PKPB Di Selangor, KL, Johor, Pulau Pinang Bermula 5 Mac

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini memutuskan semua negeri yang sedang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) iaitu Wilayah Persekutuan KL, Selangor, Johor dan P.Pinang akan digantikan ke PKPB bermula 5 Mac ini.

Perkara itu diumumkan Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri menerusi sidang media PKP keselamatan sebentar tadi.

Ini menjadikan jumlah negeri yang menjalani PKPB bertambah kepada 9 negeri iaitu, Selangor, WP Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Johor, Pulau Pinang, Kedah , Perak dan Kelantan sehingga 18 Mac 2021 manakala Sarawak sehingga 15 Mac.

Dalam masa sama beliau turut mengumumkan beberapa negeri PKPB kini turut meyertai Perlis menjadi negeri di bawah PKPP iaitu Melaka, Pahang, Terengganu, Sabah, WP Putrajaya dan WP Labuan.

Ikuti sidang media beliau di bawah :

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.