fbpx

Kongsi Foto Bersama, Netizen Harap Filem KL Gangster Baru Bakal Di Keluarkan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, tips, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !

Tidak dinafikan Filem KL Gangster arahan pengarah dan pelakon Shamsul Yusof mempunyai peminat mereka sendiri.

Meskipun sudah hampir 10 tahun ditayangkan bermula dengan filem KL Gangster (2011) diikuti KL Gangter 2 (2013), kekuatan jalan cerita ditambah dengan penampilan barisan aktor-aktor hebat membuatkan filem ini masih diminati ramai.

Terbaru pelakon, Adam Corrie yang turut memegang peranan penting didalam KL Gangster telah berkongsi di Facebooknya foto dimana dia bergambar bersama beberapa lagi barisan pelakon yang pernah membintang filem tersebut seperti Aaron Aziz, Ady Putra, Soffi Jikan, dan Syamsul Yusof sendiri.

Foto berkenaan turut dikongsikan Syamsul Yusof dilaman instagramnya.

Perkongsian foto-foto tersebut membuatkan orang ramai mula mengimbau skrip serta watak-watak aktor di dalam filem aksi tersebut.

Ramai yang turut meluahkan rasa teruja mereka dan menyifatkan itu petanda bahawa ada ‘buah tangan’ yang akan diberikan Shamsul Yusof kepada peminat filem tersebut.

Lebih menguatkan telahan tersebut, Shamsul sebelum ini seolah sudah memberi bayangan bahawa dia akan menghasilkan satu lagi filem dari francais KL Gangster yang dipercayai berjudul ‘KL Gangster 3 : The Finale’

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.