Chef Wan Terkejut Serina Sudah Berkahwin, Namun Doakan Yang Terbaik Untuk Anak

Sebentar tadi peminat dunia hiburan dikejutkan dengan berita gembira apabila aktres Serina Redzuawan mengumumkan yang dia sudahpun berkahwin dengan jejaka pilihannya hari ini.

Menurut Serina, majlis tersebut di adakan secara tertutup dan dia meluahkan rasa syukurnya kerana perkahwinan tersebut direstui ayahnya, Chef Selebriti terkenal, Chef Wan.

“Alhamdulillah diselesaikan yg wajib dahulu, benar jodoh pertemuan, ajal maut itu rahsia Allah, kita yg lahir di bumi semuanya dah tertulis di Kitab Loh Mahfuz.

“Alhamdulillah dia lah yg terbaik yg ALLAH kirimkan buatku untuk menjadi imam serta khalifah dalam keluargaku.Terima kasih Papa merestui perkahwinan kami, inshaAllah lepas raya kita buat kenduri doa selamat dan makan di restoran Papa ya tulis Serina di laman instagramnya.

Namun disebalik perkhabaran gembira tersebut, orang ramai dikejutkan apabila, Chef Wan menerusi satu posting di instagramnya mendedahkan dia hanya mengetahui perkara tersebut selepas seorang saudara perempuanya berkongsi foto perkahwinan Serina yang diambil di IG.

Lebih mengecewakan Chef Wan apabila dia memaklumkan anaknya sebenarnya sudah lama berkahwin di Thailand.

“Anak kau kahwin kau tak tahu?”

“Adik saya hantar gambar ini. ‘” Anak kau dah kawin kau tak tahu? ‘. Dia umum dalam Instagram. Saya terkejut.

” Dua minggu lalu, dia berkeras nak bernikah sebelum puasa. Dia kata ‘Rina dah nikah di Siam pun’. Jantung saya bagaikan dipanah petir.

“Nak nikah rumah Papa untuk urusan nikah semula di Malaysia saja. Terus saya tak jawab kata-katanya”

Meskipun melahirkan rasa kekecewaannya, Chef Wan bagaimanapun reda dan mendoakan kebahagian anaknya itu.

“Sebanyak mana pun saya terluka, saya telan sahaja. Walau apa pun, saya harap mereka bahagia. Saya percaya, semua ibu bapa juga berkongsi apa yang saya rasa sekarang. Kita doa kan terbaik dan amin kan pernikahan mereka ini sudah lah.,” katanya.

Recent Posts

  • Trending

“Harap Ayah Happy” – Bapa Terharu Si Anak Hadiahkan Motosikal Jenis Honda Vario [Video]

Menerusi video tersebut, meskipun gembira menerima hadiah namun masih kelihatan si bapa seperti bimbang pemberian…

1 day ago
  • Trending

Lelaki Dakwa Puluhan Kereta Tersadai Di Highway Karak, Gara-gara Paku Atas Jalan [Video]

Dalam satu lagi video berasingan yang dikongsikan Mohd Faiz, dia mendakwa bahawa kesemua kereta tersebut…

1 day ago
  • Hiburan
  • Trending

“Tiada Duta Tempatan” – Dikritik Selepas Ruhainies Tag Gambar Di IG, Godiva Tampil Beri Penjelasan

Penafian tersebut dilakukan Godiva Malaysia, selepas orang ramai mendakwa syarikat berkenaan mengambil Ruhainies sebagai duta…

1 day ago
  • Trending

Perlu Beli Barang Lain Jika Nak Beli 2 Paket Minyak Masak, KPDN Perak Serbu Kedai Runcit [Video]

Menurut Timbalan Menteri KPDN, Fuziah Salleh melakukan jualan bersyarat adalah satu kesalahan di bawah Akta…

1 day ago
  • News
  • Trending

Menteri Besar Perlis Tak Ditahan, Hanya Dipanggil SPRM Untuk Beri Keterangan

Sebelum ini, media melaporkan MB Perlis ditahan SPRM selepas hadir untuk memberi keterangan kepada pihak…

1 day ago
  • News
  • Trending

“Tiada Bukti Kukuh” – Kes Guru MRSM Pedofilia Diklasifikasi Fitnah, Polis Siasat Penulis

Menurut Ketua Polis Kelantan, pihaknya kini membuka siasatan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia…

1 day ago