Didakwa Langgar SOP Sekali Lagi, Diva AA Mahu Neelofa Dihukum Penjara

Pengguna media sosial sejak semalam hangat memperkatakan mengenai penularan satu video memperlihatkan keluarga pengacara dan usahawan popular,Neelofa berkumpul di sebuah rumah ketika sambutan Aidilfitri.

Memandangkan orang ramai tidak dibenarkan melakukan ziarah raya susulan dari pelaksananaan PKP 3.0, ramai yang mendakwa Neelofa dan keluarganya telah melanggar operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.

Isu tersebut kemudiannya turut menarik perhatian selebriti sensasi Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA yang berang dengan tindakan mereka.

Dia kemudian menerusi satu satu ciapan menggesa kerajaan agar memberi hukuman penjara atas kesalahan yang dilakukannya itu.

“Diva AA rakyat pertama yang menggesa kerajaan untuk penjarakan selebriti perasan bagus ini. Siapa setuju? Kasi viral (ciapan) ini.” tulis Diva AA.

Dakwanya lagi tindakan Neelofa itu membuatkan orang ramai khususnya rakyat biasa tersinggung dan marah.

“Dua kali dah kau gelupur langgar SOP. Ini kecoh kali ketiga. Lagi-lagi muka kau. Muhasabah weh, kerana kau rakyat tersinggung dan marah. Apa sumbangan besar kau pada industri hiburan Malaysia!,” tulisnya menerusi satu lagi tweet.

Ahli keluarga sudah tampil beri keterangan di IPD Brickfields

Dalam perkembangan terbaru, keluarga Neelofa difahamkan sudahpun memberi keterangan di  Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfield  berhubung isu tersebut .

Mereka yang tiba menaiki sebuah kenderaan Toyota Alphard berwarna putih kira-kira pukul 2.51 petang selepas diminta hadir bagi membantu siasatan polis.

Menurut Ketua Polis Daerah Brickfields Anuar Omar, semua yang dipanggil telah memberikan kerjasama yang baik ketika memberi keterangan.

“Mereka dipanggil bagi membantu siasatan berhubung satu video yang tular di media sosial.

“Kes disiasat mengikut Peraturan 17 P.U (A) 225/2021 kerana melanggar SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya dalam satu kenyataan.

Recent Posts

  • Trending

“Harap Ayah Happy” – Bapa Terharu Si Anak Hadiahkan Motosikal Jenis Honda Vario [Video]

Menerusi video tersebut, meskipun gembira menerima hadiah namun masih kelihatan si bapa seperti bimbang pemberian…

11 hours ago
  • Trending

Lelaki Dakwa Puluhan Kereta Tersadai Di Highway Karak, Gara-gara Paku Atas Jalan [Video]

Dalam satu lagi video berasingan yang dikongsikan Mohd Faiz, dia mendakwa bahawa kesemua kereta tersebut…

12 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Tiada Duta Tempatan” – Dikritik Selepas Ruhainies Tag Gambar Di IG, Godiva Tampil Beri Penjelasan

Penafian tersebut dilakukan Godiva Malaysia, selepas orang ramai mendakwa syarikat berkenaan mengambil Ruhainies sebagai duta…

12 hours ago
  • Trending

Perlu Beli Barang Lain Jika Nak Beli 2 Paket Minyak Masak, KPDN Perak Serbu Kedai Runcit [Video]

Menurut Timbalan Menteri KPDN, Fuziah Salleh melakukan jualan bersyarat adalah satu kesalahan di bawah Akta…

14 hours ago
  • News
  • Trending

Menteri Besar Perlis Tak Ditahan, Hanya Dipanggil SPRM Untuk Beri Keterangan

Sebelum ini, media melaporkan MB Perlis ditahan SPRM selepas hadir untuk memberi keterangan kepada pihak…

14 hours ago
  • News
  • Trending

“Tiada Bukti Kukuh” – Kes Guru MRSM Pedofilia Diklasifikasi Fitnah, Polis Siasat Penulis

Menurut Ketua Polis Kelantan, pihaknya kini membuka siasatan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia…

16 hours ago