Selepas lebih setahun hadir dengan single pertamanya, ‘Tiada Untukmu’, penyanyi yang mula dikenali menerusi program Lagu Cinta Kita 1(LCK 1), Naufa kini kembali dengan single keduanya, Pukau.
Namun jika sebelum ini dia tampil dengan lagu bergenre Pop Rock, Naufa atau nama sebenarnya Nor Fatihah binti Taib kali ini membuat kelainan apabila mengenengahkan lagu bergenre pop dangdut edaran Media Asia Production Sdn Bhd (Map Music )
Secara ringkasnya lagu ‘Pukau’ ,nyanyian pemenang tempat ketiga LCK 1 ini berkisar mengenai nasihat kepada golongan-golongan suami di luar sana agar tidak melupakan tanggungjawab mereka sebagai ketua keluarga dan menghargai isteri yang banyak berkorban masa.
Malah liriknya turut mengingatkan mereka khususnya lelaki “mata keranjang” agar mengubah sikap mereka yang pantang melihat wanita cantik diluar sana walhal mereka sebenarnya sudah berumahtangga.
Dengan pelancaran single kedua ini, Naufa berharap lagu ini dapat diterima pendengar dan menyokong permulaan beliau untuk mengembangkan bakatnya di persada seni.
Lirik video rasmi Pukau sudahpun menemui pendengar pada 4 Jun 2021 di saluran Youtube dan juga boleh didapati di kesemua platform digital muzik seperti Joox, Spotify, iTunes, KKBox , Deezer, dan juga Apple Music.
Info ringkas mengenau Naufa :
Lagu & Lirik: El Hadam (Media Asia Production Sdn Bhd)
Intro
Abang, jangan bilang.. Nanti kau kena serang…
Verse 1:
Semua orang tahu sayang.
Tapi tak pernah tahu dasarnya.
Banyak orang fikir nyaman saja.
Tapi tak takut oh pada kesannya.
Pre cho:
Ehh, maaf aku mahu tumpang lalu.
Tak jauh cuma kesitu.
Ahh,, : layaer vocal-(pukau)
Chorus 1:
Abang, jangan bilang, janagan bilang.
Nanti kau kena serang!!
Abang, jangan bilang, jangan bilang.
Nanti kau kena belakang!
Verse 2:
Langsam sampai satu kali.
Memang baik kau berbudi.
Tapi ingat dirumah menantikanmu.
Jangan sampai kau termakan dek hatimu.! (Layer:Jangan nodai aku(Pukau)
Chorus 2 :
Abang, jangan bilang, jangan bilang.
Nanti kau kena serang!!
Abang, jangan bilang, jangan bilang.
Nanti kau kena belakang
Menurut Ustazah Asma’ lagi, berdasarkan kitab Mughni al-Muhtaj, terdapat tujuh keperluan nafkah yang wajib suami…
Ramai di kalangan netizen berpendapat Bella Astillah dan Daniesh Suffian adalah sepadan serta tidak menolak…
Pemuzik jalanan dikenali sebagai Genji Buskers bersama Kazim Band dilihat sedang mempersembahkan nyanyian lagu sekitar…
Sebelum ini, seorang pelakon wanita dikritik kerana berpakaian seksi dan terdedah semasa melangsungkan majlis akad…
Seorang ibu dikenali sebagai Intan berkata dia berasa sedih melihat lukisan anak sulung yang menggambarkan…
Kejadian tersebut dipercayai berlaku di salah sebuah stesen minyak di Bukit Sentosa, Rawang, Selangor pada…