Rezeki Muka Macam The Rock, Polis Di Alabama Jadi Popular Secara Tiba-tiba

Seorang polis di Alabama tiba-tiba menjadi popular selepas foto wajahnya yang mirip pelakon dan bekas ahli gusti terkenal The Rock atau Dwayne Johnson tular di media sosial.

Foto Leftenan Eric Fields yang bertugas di bawah Pejabat Syerif Daerah Morgan, Alabama mula menjadi perhatian penduduk tempatan di daerah Morgan selepas dikongsikan Facebook rasmi jabatan syerif itu sendiri.

Lebih berniat untuk berkongsi info dan kemaskini tugasan yang dilakukan para pegawainya, orang ramai yang terlihat foto tersebut kemudian mula tertanya-tanya kenapa The Rock boleh menyertai pasukan polis berkenaan.

Malah lebih mencuri tumpuan orang ramai gara-gara gaya dan penampilan Fields yang dilihat begitu menyamai watak Hobbs lakonan The Rock dalam francais filem popular Fast and Furious.

Namun siapa menyangka popularitinya yang terus meningkat membuatkan seorang lelaki sanggup menyapa seorang pegawai polis memintanya untuk dipertemukan dengan Fields.

Pegawai tersebut, Sarjan Mason kemudiannya menghubungi Fields memaklumkannya hajat lelaki berkenaan. Bersetuju dengan permintaaan lelaki tersebut yang disifatkannya sebagai luar biasa, mereka kemudian bertemu dan bergambar bersama.

Foto tersebut kemudiannya turut dikongsikan jabatan polis itu di Facebook rasmi mereka lagi sehingga menjadi tular dan turut mendapat perhatian media di AS.

Ramai buat perbandingan

Kagum dengan apa yang mereka lihat, peminat The Rock dan penggemar industri Hollywood kemudian mula membuat perbandingan antaranya Fields dan selebriti terkenal berusia 49 tahun itu.

Malah ada yang berseloroh dengan memberikannya gelaran Dwayne The Cop Johnson .

Ada yang berpendapat Fields sebenarnya adalah kombinasi The Rock dengan satu lagi bintang utama Fast & Furious , Van Diesel.

Ia kerana size Fields yang sebenarnya sedikit kecil dari The Rock selain kulitnya yang lebih cerah. Malah Fields sendiri mengakui perkara tersebut yang sudah dihadapinya sejak bertahun lalu.

“Saya kerap dipanggil Dwayne Johnson, dan juga Van Diesel terutamanya di kalangan anak-anak kecil yang meminati mereka.Saya pun melayankannya. Ianya kelakar dan mengujakan” kata Fields.

Baca artikel berkaitan:

Recent Posts

  • Trending

Haramkan Syarikat Bersubahat Dalam Genosid Gaza Daripada NATSEC Asia 2024 – NGO Malaysia

Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan NATSEC 2024 dijadualkan berlangsung di di Pusat Pameran dan…

13 hours ago
  • News
  • Trending

Tak Mampu Ganti Pemadam Kawan, Kanak-Kanak Umur 10 Tahun Tawar Seks Untuk Bayar Hutang

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, kes itu bagaimanapun tidak difailkan memandangkan ia disifatkan…

14 hours ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

The Exchange TRX perkenal TRX Eats, Makan Sambil Berhibur Sepanjang Bulan Mei Ini!

TRX Eats adalah perayaan kepelbagaian kuliner dan kehidupan sosial yang mencerminkan semangat The Exchange TRX.

15 hours ago
  • News
  • Trending

Kedudukan Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Salah Kementerian Sepenuhnya – Fahmi Fadzil

Menurut Fahmi Fadzil, undang-undang di bawah kementerian berbeza turut dilihat mempengaruhi laporan yang dikeluarkan oleh…

16 hours ago
  • Trending

BJAK Tak Pernah Dapat Kelulusan Jalankan Perkhidmatan ‘Renew’ Cukai Jalan – JPJ

Menurut JPJ, tiada intergrasi sistem di antara sistem JPJ (MySIKAP) dengan sistem yang digunakan oleh…

17 hours ago
  • Trending

Peniaga Apam Balik Jadi Bidan Terjun, Baca Doa Di Kenduri Kahwin Buat Ramai Kagum [Video]

Apa yang menjadi perhatian adalah bacaan doa pemuda berkenaan yang lancar, penuh dengan lenggok dan…

18 hours ago