“Saya Dah Cuci Tangan” – Zizan Razak Umum Tinggalkan Dunia Forex [Video]

Pelawak dan pelakon tekenal Zizan Razak mencuri perhatian orang ramai apabila mengumumkan yang dia kini telah meninggalkan dunia pelaburan mata wang asing (Forex).

Tampil menerusi satu perkongsian di Instagram, Zizan menjelaskan dia membuat keputusan berkenaan atas sebab tertentu namun tidak berkongsikan secara lanjut mengenai perkara berkenaan.

“Assalamualaikum semua. Harini Zizan telah mengambil keputusan untuk menarik diri dari dunia Forex atas alasan tertentu. Doakan yang baik baik untuk Zizan dan untuk semua. Semoga Allah memberkati kita bersama. InshaAllah.”

Zizan Razak.

Mohon maaf pada orang ramai yang terikut jejak langkahnya

Zizan menerusi beberapa perkongsian di Instagram Story turut meminta maaf sekiranya ada di kalangan mereka yang telah mengikuti jejak langkahnya dengan menyertai urus niaga itu sebelum ini.

“Kepada sesiapa yang telah terikut Zizan hari itu, Zizan minta maaf. Senang cerita Zizan sudah cuci tangan daripada dunia Forex,” kata selebrti berkenaan di dalam video tersebut.

Sebagai info, Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pada tahun 2012 memutuskan pelaburan Forex menerusi platform elektronik adalah haram justeru umat islam sama sekali tidak dibenarkan untuk menyertai sistem perniagaaan tersebut.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia, Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia, pengharaman tersebut dibuat hasil kajian oleh jawatankuasa itu selepas mendapati perniagaan forex melibatkan spekulasi mata wang adalah bercanggah dengan hukum Islam.

Recent Posts

  • Trending

Haramkan Syarikat Bersubahat Dalam Genosid Gaza Daripada NATSEC Asia 2024 – NGO Malaysia

Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan NATSEC 2024 dijadualkan berlangsung di di Pusat Pameran dan…

11 hours ago
  • News
  • Trending

Tak Mampu Ganti Pemadam Kawan, Kanak-Kanak Umur 10 Tahun Tawar Seks Untuk Bayar Hutang

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, kes itu bagaimanapun tidak difailkan memandangkan ia disifatkan…

12 hours ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

The Exchange TRX perkenal TRX Eats, Makan Sambil Berhibur Sepanjang Bulan Mei Ini!

TRX Eats adalah perayaan kepelbagaian kuliner dan kehidupan sosial yang mencerminkan semangat The Exchange TRX.

13 hours ago
  • News
  • Trending

Kedudukan Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Salah Kementerian Sepenuhnya – Fahmi Fadzil

Menurut Fahmi Fadzil, undang-undang di bawah kementerian berbeza turut dilihat mempengaruhi laporan yang dikeluarkan oleh…

14 hours ago
  • Trending

BJAK Tak Pernah Dapat Kelulusan Jalankan Perkhidmatan ‘Renew’ Cukai Jalan – JPJ

Menurut JPJ, tiada intergrasi sistem di antara sistem JPJ (MySIKAP) dengan sistem yang digunakan oleh…

15 hours ago
  • Trending

Peniaga Apam Balik Jadi Bidan Terjun, Baca Doa Di Kenduri Kahwin Buat Ramai Kagum [Video]

Apa yang menjadi perhatian adalah bacaan doa pemuda berkenaan yang lancar, penuh dengan lenggok dan…

16 hours ago