Isu Kes Saman Dengan Produksi Selesai, Ben Amir Setuju Bayar RM100,000

Selepas lebih setahun, kemelut membabitkan aktor Ben Amir dan syarikat produksi Elisa Vision berhubung pelanggaran perjanjian bagi drama ‘Demi’ akhirnya berjaya diselesaikan dengan baik di Mahkamah Sesyen Sivil Kuala Lumpur pada Khamis, 14 April.

Persetujuan di antara kedua-dua pihak berjaya dicapai selepas Ben atau nama sebenarnya Muhammad Amir Sabaruddin, 32, bersetuju untuk membayar RM100,000 kepada pihak Elisa Vision Sdn Bhd.

Hakim Mahkamah Sesyen Sivil, Tasnim Abu Bakar merekodkan perintah persetujuan kedua-dua belah pihak dalam prosiding kes hari ini.

“Sepatutnya, hari ini adalah perbicaraan hari pertama kes saman itu, namun kedua-dua belah pihak bersetuju untuk menyelesaikan kes.

“Ben akan membayar RM100,000 dengan lima kali bayaran secara ansuran sebanyak RM20,000 bermula 10 Mei ini sehingga jumlah itu selesai.

“Sekiranya defendan (Ben Amir) gagal membayar RM100,000, maka defendan perlu membayar jumlah asal dituntut plaintif (Elisa Vision) sebanyak RM211,477 dikembalikan. Mahkamah juga merekodkan defendan menarik balik pernyataan tuntutan balas yang dikemukakan terhadap plaintif,” katanya.

Menerusi laporan mStar, Ben yang ditemui di luar mahkamah bagaimanapun enggan ditemuramah oleh media.

“Kes dah selesai.. no comment.. kes selesai cara baik,” kata Ben.

Sementara itu, penerbit Elisa Vision Sdn Bhd, Datin Mahfuzah Zakkiah Abdain meluahkan rasa syukurnya apabila isu tersebut dapat diselesaikan dengan cara baik.

“Saya bersyukur kes ini dapat diselesaikan secara baik. Saya pun sudah memaafkan dia di atas apa yang berlaku. Pada saya, ini berkat Ramadan. Dia pun orang yang baik dan saya tiada masalah dengannya kerana semua sudah selesai.”

Penerbit Elisa Vision, Datin Mahfuzah Zakkiah Abdain

Terdahulu kemeleut di antara kedua-dua pihak bermula apabila Ben pulang ke Malaysia seorang diri meninggalkan semua kru produksi dan pelakon ‘Demi’ yang masih menjalani penggambaran di Inverness, Scotland.

Tindakan itu dianggap tidak profesional dan begitu mementingkan diri kerana Ben didakwa tidak menghabiskan penggambaran drama berkenaan.

Ben yang berkongsi kepulangannya di Instagram bagaimanapun hanya mengunci mulut dan tidak mendedahkan apa yang sedang berlaku sehingga menyebabkan dia pulang ke Malaysia seorang diri.

Malah dia di Twitter juga memilih untuk tidak berkongsi perkara tersebut sebaliknya hanya menulis ringkas : “Thank you everyone for checking up on me. Really appreciate that. To those wondering why I balik awal dari semua orang, time will tell.”

Sebagai info, kemelut ini berlaku di saat pandemik Covid-19 baru mula melanda banyak negara. Mereka berada di Scotland sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 1.0) mula dilaksanakan.

Beberapa pelakon dan krew dalam drama berkenaan kemudiannya disahkan positif antaranya Puteri Aishah, Ashraf Muslim dan pengarah, Rahila Ali.

Recent Posts

  • Info
  • Trending

Boleh Ke Isteri Ambil Duit Suami Senyap-Senyap? Ini Penjelasannya

Menurut Ustazah Asma’ lagi, berdasarkan kitab Mughni al-Muhtaj, terdapat tujuh keperluan nafkah yang wajib suami…

2 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Sepadan Betul”- Ramai Beri Restu Lepas Lihat Video Bella Astillah & Daniesh Suffian

Ramai di kalangan netizen berpendapat Bella Astillah dan Daniesh Suffian adalah sepadan serta tidak menolak…

2 hours ago
  • Trending

“Vokal Dia Power!” – Suara Serak Basah Jadi Tumpuan, Ramai Puji Nyanyian Buskers Cover Lagu Nidji [Video]

Pemuzik jalanan dikenali sebagai Genji Buskers bersama Kazim Band dilihat sedang mempersembahkan nyanyian lagu sekitar…

2 hours ago
  • News
  • Trending

Pengantin Pakai Seksi & Tak Tutup Aurat Semasa Akad Nikah Budaya Jahiliah, Kata Mufti Pulau Pinang

Sebelum ini, seorang pelakon wanita dikritik kerana berpakaian seksi dan terdedah semasa melangsungkan majlis akad…

2 hours ago
  • Trending

Anak Sulung Rasa Bagai Disisih Ibu Bapa, Lukisan Si Kecil Buat Ibu Luluh Hati [Video]

Seorang ibu dikenali sebagai Intan berkata dia berasa sedih melihat lukisan anak sulung yang menggambarkan…

2 hours ago
  • Trending

Dejavu! Tular Lagi Video Axia Terbawa Nozel Pam Selepas Isi Minyak

Kejadian tersebut dipercayai berlaku di salah sebuah stesen minyak di Bukit Sentosa, Rawang, Selangor pada…

3 hours ago