Gara-gara Adegan Bercium Sesama Jenis, Tayangan Lightyear Diharamkan Di 14 Negara Termasuk Malaysia

Nampaknya filem animasi keluaran Pixar dan Disney, Lightyear yang dijadualkan untuk tayangan pada 16 Jun 2022 tidak akan menemui peminat di Malaysia dan 13 lagi negara.

Menerusi laporan Reuters, Walt Disney Co gagal mendapatkan kebenaran untuk menayangkan filem terbaharunya itu di 14 negara di Timur Tengah dan Asia.

Bukan itu sahaja, sumber juga mendedahkan bahawa Lightyear yang merupakan naskah spin-off dari filem pecah panggung, Toy Story itu berkemungkinan terlepas peluang untuk ditayangkan di pasaran filem terbesar di dunia iaitu China.

Semuanya ekoran keengganan pihak Disney untuk melayan permintaan pihak berkuasa di China agar memotong beberapa adegan di dalam filem tersebut. Perkara itu didedahkan oleh seorang penerbit Lightyear yang dihubungi portal berita itu.

Papar adegan ciuman sesama sejenis

Difahamkan pengharaman ini ada kaitan dengan satu adegan babak ciuman sesama sejenis di antara dua watak wanita di dalam filem tersebut.

Adegan dan hubungan dua wanita itu sebelum ini telah menyebabkan beberapa negara seperti Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Kuwait bertindak mengharamkan penayangannya di negara mereka.

KDN dan LPF belum beri kenyataan rasmi

Walaupun belum ada sebarang kenyataan rasmi atau kata putus daripada Lembaga Penapisan Filem (LFP) atau Kementerian Dalam Negeri (KDN), ramai percaya pihak berwajib di Malaysia akan mengambil langkah sama seperti negara-negara teluk itu.

Ini dilihat jelas memandangkan hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum filem tersebut mula ditayangkan di seluruh dunia.

Cubaan BuzzKini untuk menghubungi KDN bagaimanapun tidak membuahkan hasil manakala pihak LPF meminta kami untuk terus merujuk kepada kementerian tersebut berhubung isu berkenaan.

Terdahulu satu petisyen tular di media sosial yang meminta LPD dan KDN untuk mengikut jejak UAE agar mengharamkan penayangan filem tersebut kerana dikhuatiri akan mempromosi dan mempengaruhi pemikiran kanak-kanak terhadap budaya LGBTQ.

Recent Posts

  • Trending

Haramkan Syarikat Bersubahat Dalam Genosid Gaza Daripada NATSEC Asia 2024 – NGO Malaysia

Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan NATSEC 2024 dijadualkan berlangsung di di Pusat Pameran dan…

11 hours ago
  • News
  • Trending

Tak Mampu Ganti Pemadam Kawan, Kanak-Kanak Umur 10 Tahun Tawar Seks Untuk Bayar Hutang

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, kes itu bagaimanapun tidak difailkan memandangkan ia disifatkan…

12 hours ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

The Exchange TRX perkenal TRX Eats, Makan Sambil Berhibur Sepanjang Bulan Mei Ini!

TRX Eats adalah perayaan kepelbagaian kuliner dan kehidupan sosial yang mencerminkan semangat The Exchange TRX.

13 hours ago
  • News
  • Trending

Kedudukan Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Salah Kementerian Sepenuhnya – Fahmi Fadzil

Menurut Fahmi Fadzil, undang-undang di bawah kementerian berbeza turut dilihat mempengaruhi laporan yang dikeluarkan oleh…

13 hours ago
  • Trending

BJAK Tak Pernah Dapat Kelulusan Jalankan Perkhidmatan ‘Renew’ Cukai Jalan – JPJ

Menurut JPJ, tiada intergrasi sistem di antara sistem JPJ (MySIKAP) dengan sistem yang digunakan oleh…

15 hours ago
  • Trending

Peniaga Apam Balik Jadi Bidan Terjun, Baca Doa Di Kenduri Kahwin Buat Ramai Kagum [Video]

Apa yang menjadi perhatian adalah bacaan doa pemuda berkenaan yang lancar, penuh dengan lenggok dan…

15 hours ago