Fazura Teruja Jual Sayur Di Pasar Siti Khadijah [Video]

Pelakon dan usahawan wanita, Nur Fazura Sharifuddin atau lebih mesra dipanggil Fazura meluahkan rasa terujanya apabila dapat merealisasikan hasrat untuk menjadi peniaga di Pasar Siti Khadijah, Kota Bharu, Kelantan.

Menerusi video yang dimuat naik di laman YouTube rasmi miliknya, Fazura, 39, berkongsi momen unik serta pengalaman yang dirasainya itu semasa menjual sayur-sayuran di pasar ikonik negeri itu.

Menurutnya, dia sudah lama menyimpan impian untuk merasai pengalaman berniaga di sana dan dia berasa sangat gembira apabila hasratnya itu berjaya ditunaikan.

Impian dari kecil ingin jadi peniaga

“Sebenarnya memang dari kecil saya ada satu impian. Masa mula-mula dahulu, saya nak jadi pramugari dan saya juga teringin nak punya pengalaman menjual (berniaga).

“Teringin nak rasai sendiri pengalaman menjual di Pasar Siti Khadijah bersama peniaga-peniaga wanita yang ada di sana. Alhamdulillah, apabila ada pelanggan yang datang membeli, rasa tercapai impian saya nak menjual itu,” ujar pelakon jelita itu.

Menurutnya lagi, perjalanan ke Kelantan tercetus disebabkan oleh pelawaan jurumekapnya sendiri iaitu Rozlan Nassir yang merupakan anak jati di negeri itu.

Sambutan raya haji lebih meriah di Kelantan

Tambah Fazura, sambutan Hari Raya Aidiladha di negeri itu sangat meriah jika dibandingkan dengan negeri-negeri yang lain.

“Ternyata memang orang kata, Abe Lan bagi ‘preview’ sambutan raya Haji yang sangat meriah di Kelantan. Memang sangat-sangat meriahlah.

“Memang sangat berbeza dengan sambutan apabila berada di Kuala Lumpur. Sangat kagum dengan kerjasama ataupun silaturahim orang kampung bersama-sama, bergotong royong, basuh pinggan sama-sama dan tengok dikir barat.

“Sangat bersyukur memilih untuk datang ke Kelantan dan dilayan dengan begitu meriah dan banyak kasih sayang. Memang sangat manis dan tidak akan dilupakan,” ujarnya lagi.

Menerusi perkongsian video tersebut, isteri kepada pelakon Fattah Amin itu turut berkongsi sedikit sebanyak aktiviti yang dilakukannya semasa berada di negeri Cik Siti Wan Kembang itu.

Recent Posts

  • Info
  • Trending

Boleh Ke Isteri Ambil Duit Suami Senyap-Senyap? Ini Penjelasannya

Menurut Ustazah Asma’ lagi, berdasarkan kitab Mughni al-Muhtaj, terdapat tujuh keperluan nafkah yang wajib suami…

8 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Sepadan Betul”- Ramai Beri Restu Lepas Lihat Video Bella Astillah & Daniesh Suffian

Ramai di kalangan netizen berpendapat Bella Astillah dan Daniesh Suffian adalah sepadan serta tidak menolak…

8 hours ago
  • Trending

“Vokal Dia Power!” – Suara Serak Basah Jadi Tumpuan, Ramai Puji Nyanyian Buskers Cover Lagu Nidji [Video]

Pemuzik jalanan dikenali sebagai Genji Buskers bersama Kazim Band dilihat sedang mempersembahkan nyanyian lagu sekitar…

9 hours ago
  • News
  • Trending

Pengantin Pakai Seksi & Tak Tutup Aurat Semasa Akad Nikah Budaya Jahiliah, Kata Mufti Pulau Pinang

Sebelum ini, seorang pelakon wanita dikritik kerana berpakaian seksi dan terdedah semasa melangsungkan majlis akad…

9 hours ago
  • Trending

Anak Sulung Rasa Bagai Disisih Ibu Bapa, Lukisan Si Kecil Buat Ibu Luluh Hati [Video]

Seorang ibu dikenali sebagai Intan berkata dia berasa sedih melihat lukisan anak sulung yang menggambarkan…

9 hours ago
  • Trending

Dejavu! Tular Lagi Video Axia Terbawa Nozel Pam Selepas Isi Minyak

Kejadian tersebut dipercayai berlaku di salah sebuah stesen minyak di Bukit Sentosa, Rawang, Selangor pada…

9 hours ago