Tular Video Aksi Peluk Aliff Aziz & Intan Najuwa, Pengarah Mohon Maaf & Akui Terlepas Pandang

Ekoran dari penularan foto memperlihatkan aksi berpelukan di antara Aliff Aziz dan Intan Najuwa di Genting Highland baru-baru ini, pengarah drama Jodohku Babysitter, Hadith Omar akhirnya tampil membuat penjelasan.

Menurut laporan Gempak, Hadith Omar berkata, video yang dirakam oleh orang awam dan ditularkan di media sosial itu sebenarnya merupakan salah satu babak lakonan dalam drama terbabit.

“Daripada video itu sendiri kita boleh tengok ia adalah rakaman orang awam ketika penggambaran salah satu babak dalam Jodohku Babysitter.

“Babak itu adalah di mana Adam (Aliff) sedang memujuk Adel (Intan). Rasanya ia adalah sikap semulajadi untuk suami isteri yang tengah memujuk dan melakukan babak sedemikian,” katanya.

Hubungan Aliff dan Intan sangat profesional

Menurutnya, hubungan Aliff dan Intan sangat profesional serta mempunyai chemistry yang baik antara mereka.

“Banyak saja drama lain yang memaparkan adegan peluk untuk watak suami isteri. Cumanya video ini viral tapa dijangka kerana status Aliff sebagai suami orang dan Intan sebagai berstatus bujang.

“Apa yang boleh saya katakan, hubungan Aliff dan Intan di set penggambaran sangat profesional, mereka sangat menghormati satu sama lain serta pelakon lain. Chemistry sangat bagus!

“Hubungan dengan kru pun bagus, kami semua dapat rasakan feel kekeluargaan itu, sebab itu juga pelakon selesa untuk melakonkan babak sedemikian juga,” tambahnya.

Malah perkara sama turut dijelaskan Intan sebelum ini yang memaklumkan bahawa babak berpelukan itu adalah sebahagian daripada penggambaran drama tersebut

Justeru, Hadith meminta agar orang ramai tidak membuat spekulasi melulu sekali gus memohon maaf terlepas pandang dengan adegan bersentuhan seperti itu.

Akui silap dan terlepas pandang

Dia dalam masa sama turut mengakui kesilapannya yang terlalu memberi kebebasan dan pelepasan kepada pelakon untuk melakonkan apa yang mereka selesa dalam sesuatu babak.

“Kami pun terlepas pandang, saya terlupa batasan agama dan pergaulan. Daripada set itu saya memohon maaf kepada pihak yang tersinggung daripada video berkenaan. Apa yang boleh saya katakan apa yang berlaku atas dasar professional, tiada niat lain dan ia tidak disengajakan tular.”

Pengarah Jodohku Babysitter, Hadith Omar

Tambah Hadith, penularan klip itu menjadi pengajaran buat produksinya agar lebih berhati-hati dan peka dengan sensitiviti.

Terdahulu, tular video aksi mesra Intan dan Aliff yang kelihatan berpelukan di Genting Highland ketika penggambaran Jodohku Babysitter minggu lalu.

Kredit gambar: Instagram hadithomar

Recent Posts

  • Trending

Majikan Kecewa, Staf Baru Tak Dapat Datang Kerja Dengan Alasan ‘Ayah Tak Dapat Hantar’

Pekerja itu juga turut menolak cadangan menggunakan pengangkutan awam kerana ibunya tidak pernah membenarkan berbuat…

12 mins ago
  • Dunia
  • Trending

AstraZeneca Tarik Semula Vaksin COVID-19 Keluarannya Di Seluruh Dunia

Menurut AstraZeneca, pihaknya juga akan meneruskan untuk menarik semula kebenaran pemasaran vaksin Vaxzeria di Eropah.

30 mins ago
  • News
  • Trending

Tular Video Kaunter Banjir Kerana Syiling Bocor, Bahagian Pelesenan Pemandu JPJ KL Ditutup Sementara

Menurut Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) JPJ, Aedy kerja baik pulih akan dilakukan di…

1 hour ago
  • News
  • Trending

Cermin Kereta Safiq Rahim Pecah Diketuk Tukul Besi, JDT Arah Pemain Berhati-hati

Pihak polis juga kini sedang giat mengesan suspek yang memecahkan cermin kereta pemain skuad Harimau…

2 hours ago
  • Trending

“Ganggu Pelajaran Ke?” – Isu Rambut Panjang Murid Sekolah Jadi Pertikaian, Ini Respon Netizen [Video]

Menerusi video yang tular, seorang guru dilihat memotong rambut panjang milik seorang murid lelaki di…

18 hours ago
  • Info
  • Trending

Boleh Rosakkan Organ Dalaman, Doktor Perjelas Jenis Melecur Tahap 4 Seperti Yang Dialami Faisal Halim [Video]

Menurut Dr Alpha Zaki individu yang mengalami melecur tahap empat akan terkena pada otot, tulang…

18 hours ago